[FOOD REVIEW] : ASAM PEDAS TERBAIK KAK NORRA, SEMABOK MELAKA.

By FARAA MUSA - July 22, 2018

Haluuuu! Sesi #JalanJalanCariMakan bersama sis lagi. Nak buat macam mana, dah memang sejenis suka makan. Dasar kaki foodie sungguh! Hehe. Bila dah sebut negeri Melaka, automatik menu asam pedas menari-nari di fikiran, kan? Tunggu apa lagi, jom la kitaaaaaaaa.



LOKASI

Asam Pedas Kak Norra ni kitorang suami isteri dah biasa makan selama 2 tahun. Bukan restoran mewah, bukan restoran besar, tapi ia hanyalah salah satu kedai makan di Medan Selera Semabok. Ya, gerai kecik dan saiz biasa saja, tapi hidangan dan jumlah pelanggan dia bukan biasa-biasa ok!

Bersimpang siur orang cedok lauk

Selalunya kalau sis datang sini, memang pukul 12 tu dah ready lah siap-siap. Tu pun boleh tahan juga ada yang dah beratur nak cedok lauk. Tapi jangan risau, tak beratur lama pun sebab kaedahnya buffet, so beratur-cedok-jalan-makan. Laju je trafik barisan tu inshaAllah. Hee.

Sementara tunggu suami beratur, kita layan tapai pulut dulu. Sedap & fresh!

Dulu-dulu masa sis waze datang sini, hanya perlu taip 'Asam Pedas Semabok'. Tapi baru-baru ni dah ada nama baru pulak dalam Waze; 'Asam Pedas Terbaik Kak Norra'. Dahsyat tak dahsyat uollsssss siap ada nama sendiri dalam apps world wide gitu. Haha. Sis pun tak tau lah gerai Asam Pedas Terbaik Kak Norra ni memang dah fofular ke apa. Sebab selalunya kereta-kereta yang datang pun, bukan dari orang dekat-dekat Melaka saja. Tapi ada jugak kereta plat KL dan Selangor.

MENU

Dah nama kedai makan asam pedas, kompem lahhh hidangan asam pedas yang menjadi taruhan menu utama kat sini. Ada pelbagai jenis ikan lauk asam pedas disediakan. Antaranya kepala ikan, ikan tenggiri, ikan kembong, ikan pari dan ikan jenahak. Tapiiiiiii, setiap kali sis dan suami pergi kat sini, memang WAJIB order asam pedas telur ikan. Rare kan? Memang rare dan sedap!

Tudiaaaa watak utama dalam drama Asam Pedas Kak Norra

Bermacam-macam ikan masak asam pedas. Geraaaaamm!

Asam pedas kepala ikan pun ramai jugak yang minat sis nampak. Sedap ke?

Asam pedas tetel pun ado

Selain lauk asam pedas, ada juga lauk-pauk masakan melayu yang lain. Ada masak lemak cili api, ayam bakar, ikan bakar, sayur campur, sup, ayam sambal dan banyakkkk lagi. Ulam-ulaman & sambal belacan pun hadoo buat penambah selera. Untuk anak-anak, jangan risau. Masakan bergoreng pun ada, ayam goreng Upin Ipin pun ada. Huhu.

Ayam bakar madu & ikan bakar untuk yang minat menu sihat

Sambal kicap, sambal belacan & sambal tumis Melaka. Slurrrrpp!

Ulam-ulaman meriah nau nauu

Ada juga masakan lain bagi yang tak minat asam pedas tu


HARGA

Sis terlupa pulak nak ambil gambar senarai harga haritu. Tapi biasanya, kedai makan nasi campur camni memang mampu milik, dan berubah-ubah depends pada kuantiti 'cedokan' lauk kita kan.

Harga asam pedas telur ikan RM5 semangkuk. Berbaloi sangat sebab saiz besar!

Asam pedas telur ikan 2 mangkuk, ikan tenggiri 1, ulam tenggek burung. Settle!

Kalau korang ke Melaka dan mencari masakan asam pedas yang padu, boleh lah try Asam Pedas Telur Ikan dari Kak Norra ni. Powerrrr beb!

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. kenapalaaaa baru jumpa article ni. hahaha kalo x ritu pi Melaka boleh terjah sini. ritu pi makan kat huuurm yang famous katanya tapi rasa tah pape..

    ReplyDelete
  2. haha..yang ni pun tak tau jugak..entah2 siti rasa biasa2 je..sebab selera orang lain2 kannn :)

    ReplyDelete
  3. Pasni kalau cuti cuti Malaysia, kak nina nak try sini lak.. Menyelerakan tengok asam pedasnya tu. .!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa try lah kak nina..bagi saya, memang sedap asam pedas telur ikan tu..tp tak tau lah kan, selera org lain2 :)

      Delete
  4. ya ampun..nampak sedapsemuanya asam pedas tu..nanti bercuti ke melaka boleh singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terliur kalau tengok telur ikan tu kak nadia :)

      Delete

POPULAR POSTS