Hai! Sesi #JalanJalanCariMakan kita kali ini di Cyberjaya lagi. Dan, ofkos lah restoran masakan Melayu uolsss. Sebab sis sejenis berperut Melayu, tak boleh hidup sehari tanpa nasi. Gituhhh!
LOKASI
Lokasinya terletak di Neo@Cyberjaya, telah menjadikan restoran Mad Ayam Kampung adalah antara top restoran Melayu yang dikunjungi ramai. Korang Waze aje lah "Mad Ayam Kampung Cyberjaya", zasssss terus keluar direction. Restoran ni berdekatan dengan Wisma Emkay (Mustapha Kamal), dan ada banyakkkk restoran Arab di kawasan itu.
Suasana kondusif & selesa untuk dewasa serta kanak-kanak |
Bab parking, memang kena sabar banyak kalau waktu weekdays. Di situ kawasan pejabat, dan padat dengan deretan kedai. Jadi, tempat parking memang terrrrsangatlah terhad ya ampun. Sis suggest lebih baik korang datang waktu hujung minggu, kalau nak try makan di sini. Kurang sikit stress!
MENU
Menu yang dihidangkan di sini adalah bertemakan lauk-pauk masakan Melayu dan ianya tempat yang sangat sesuai untuk makan tengah hari. Menjadikan hidangan ayam kampung goreng sebagai menu utama, restoran Mad Ayam Kampung ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai. Maklumlah, bukan senang nak jumpa juga hidangan macam ni kan. Memang bunyi nya simple; ayam goreng. Tapi, bukan ayam biasa-biasa okeh. Ayam kampung goreng, kalau dinikmati bersama nasi putih panas-panas, cicah budu atau sambal belacan pun dah cukup power! Obviously keenakan ayam kampung memang jauh berbeza dengan ayam bandar biasa tu lah. Isi daging nya lembut, dijamin lebih sihat, bersih dan berkhasiat.
Selain itu, ada juga masakan masak lemak cili api, kuah masak gulai, ikan goreng, dan bermacam-macam lagi.
Segala jenis kuah ada |
Ikan & sotong pun ada selain ayam kampung |
Masak lomak cili padi tapi tak pedas sangat |
Ulam-ulaman pulak, memang berderet sampai jadi rambang mata nak pilih! Budu, tempoyak, sambal belacan, dan sambal kicap turut disediakan. Rasanya, memang perghhhhh lah kan?
HARGA
Seperti restoran-restoran nasi campur yang lain, harga adalah bergantung pada pilihan lauk di pinggan kita. Tapi, terus-terang bagi sis, untuk kawasan Cyberjaya yang serba urban ini, harga di Mad Ayam Kampung sangat berpatutan dan tidak mencekik duit poket. Syukurrrrrr boleh datang lagi! Hiks. Oh ya, di sini turut ada air sirap RM1 disediakan, FREE REFILL. So, bagi sesiapa yang nak berjimat tu, boleh lah makan di sini sebab bab minuman, dah settle RM1 sahaja.
WAKTU OPERASI
Mula dibuka pada pukul 11 pagi, dan ditutup pada pukul 11 malam. Rasanya untuk menu ayam kampung, hanya ada pada waktu siang/tengah hari sahaja. Manakala bermula pukul 5 petang hingga ke malam, adalah masakan panas ala-ala Melayu + Thai.
REVIEW
Over all, sis memang sangat sangat recommend restoran Mad Ayam Kampung Cyberjaya bagi yang gemarkan masakan Melayu & tercari-cari ayam kampung di sekitar bandar Putrajaya & Cyberjaya ni. Dari aspek rasa pulak, sis bagi 4/5 bintang untuk bintang utama -- ayam kampung goreng. Isi ayam lembut, rasa masin cukup, cuma kurang garing sikitttt je. Apa pun, semua hidangan lauk-pauk, ulam-ulaman & serivs di Mad Ayam Kampung memang terbaikkkkk! :)
3 comments
Yup setuju, ayam kampung ni goreng jer pun dah cukup membuka selera, pekena dengan nasi panas-panas, ulam dan sambal atau kuah sikit.
ReplyDeleteDah lama tak makan ayam kampung. Dulu masa keje suka makan lunch ayam kampung kat Seri Kembangan. Rindu lak
Kannnnn..lagi simple, lagi sodappp..adoii lapar pulak!
Deletetengok ayam goreng dia menyengat sanagt ni..kalau nak cuba rasa , kene pergi bercuti ke sana..cyberbox tu..hehe
ReplyDelete