BENDA YANG WAJIB DECLARE JIKA KE AUSTRALIA

By FARAA MUSA - September 12, 2018

Haluuu! Ok actually entry kali ini adalah kesinambungan entry TIPS BAWA MAKANAN KE AUSTRALIA. Itu adalah entry yang sis buat khas untuk topik makanan sahaja. So untuk kali ini, sis akan kongsikan info yang lebih details dan terperinci tentang barangan yang perlu kita declare, sebelum tiba di airport Australia.


Ingin sis tekankan kat sini bahawa; tak semua benda akan dirampas dan adalah dilarang untuk dibawa ke Australia. Cumanya, senarai berikut adalah benda-benda yang memang kita WAJIB DECLARE dalam "arrival card" yang diberikan oleh pramugari semasa dalam flight ke Australia nanti. Konsepnya; declare je awal-awal sebelum kantoi tertangkap menipu. Kalau kita tak buat salah, insha-Allah terlepas je time spotcheck di airport tu.

BARANG APA YANG WAJIB DECLARE?

(1) MAKANAN 

* Makanan dan snek yang kita dapat dari arline.



* Makanan yang disediakan secara komersial (dimasak atau mentah).




* Buah-buahan atau sayuran kering


* Beras & mi segera


* Herba & rempah


* Ubatan herba & tradisional seperti tonik, teh herba.


* Snek / Jajan 


* Produk berasaskan madu & lebah




(2) PRODUK TENUSU & TELUR (DILARANG & AKAN DIRAMPAS KECUALI SUSU KANAK-KANAK)

* Susu tepung / formula kanak-kanak. 


* Produk tenusu seperti susu, keju, cream.



* Telur dan produk yang mengandungi telur seperti mayonis, mi kuning. 



(3) DAGING, AYAM & MAKANAN LAUT (DILARANG & AKAN DIRAMPAS)

* Segala jenis daging/ayam sama ada bahan mentah, kering, frozen, salai mahupun diawet. 


* Sosej, salami, kepingan daging berasaskan haiwan. 




(4) BENIH, BIJIAN & KEKACANG

* Semua jenis kacang & bijiran seperti kuaci, kacang tanah, gajus etc.



(5) BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN (SEGAR/FROZEN)



(6) TUMBUH-TUMBUHAN & PRODUK BERASASKAN TUMBUHAN

* Tumbuhan hidup termasuk keratannya seperti ulam-ulaman.


* Teh yang mengandungi biji benih, kulit buah.


* Ubatan yang mengandungi herba, kulat dan tumbuhan kering.


* Bunga  & porpourri (segar dan kering)



* Barangan kraftangan yang diperbuat dari benih, kacang, jagung, kulit kayu, lumut, jerami.




(7) PRODUK BERASASKAN HAIWAN

* Produk hasil dari haiwan seperti kapas, bulu burung, kulit haiwan, tulang, tanduk etc.


* Aksesori atau barang kemas yang mempunyai kulit kerang dan cengkerang.


* Produk dari lebah seperti sabun, losyen, madu.



* Makanan haiwan peliharaan.


Sekali lagi, ingin sis ingatkan. Ini semua adalah senarai barang-barang yang WAJIB kita declare di dalam "arrival card" sebelum kita mendarat di airport. Tak semua benda ini adalah dilarang dan akan dirampas oleh pihak kastam Australia. Masih ada beberapa jenis makanan yang dibenarkan untuk dibawa ke Australia. Cuma, kita tetap perlu melalui proses deklarasi ini. Untuk tahu senarai makanan-makanan yang boleh dibawa, KLIK SINI :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

POPULAR POSTS