JALAN-JALAN PENANG (Nasi Kandar Paling Sedap, Padang Kota Lama & Dark Mansion)

By FARAA MUSA - November 08, 2017

Kalau korang baca post aku yang lepas  , memang aku galakkan newbies traveller untuk melancong di dalam negara saja dulu. Praktis plan itinerary dan rancang bajet sendiri untuk 'liga' di negara sendiri. Gituh! Bak kata mat saleh, "practice make perfect." Memandangkan cuti sekolah pun nak dekat, so meh aku belanja sikit cadangan itinerary dan tempat-tempat wajib pergi bila korang bercuti ke Penang.


Actually untuk ke Penang, tak perlu tunggu cuti sekolah pun. Cuti hujung minggu pun korang boleh je pergi jelajah. Aku travel ke Penang sebab suami tak pernah sampai ke sana lagi, so aku pun plan semua benda dari hal tiket flight, penginapan, hinggalah ke tempat-tempat yang best sekitar Penang. Encik suami cuma arrange urusan transport semasa di sana saja (kereta sewa).

ITINERARY PENANG (3 HARI 2 MALAM)

[ Hari Pertama ]

8:35 a.m : Tiap kali travel, memang aku prefer booking flight awal pagi sebab nak jimat masa dan hari. Bila sampai destinasi awal, kita boleh explore awal. Takde lah nak terkejar-kejar kan. Naik flight Air Asia dari KLIA 2 ke airport Penang. Siap alas perut sikit sebelum bertolak. Kitorang beli donat, air mineral dan kopi di Dunkin Donuts sementara menunggu waktu flight, selepas selesai check-in bagasi.

10:35 a.m : Sebaik saja sampai, kitorang pun telefon brader kereta sewa. Tak payah kereta besar dan mahal-mahal. Jalan raya kat Penang ni kecik je. Aku sewa Perodua Axia, mudah jugak nak parking. Haha. Kereta dah dapat, apa tunggu lagi? Bukak waze, dan terus ke destinasi pertama kita iaitu NASI KANDAR KAMPONG MELAYU.


Kedai nasi kandar ni antara yang top top meletop di Penang, sejak 40 tahun dahulu! Kenapa kitorang cepat sangat terus pergi sini dari airport? Sebab kedai ni buka dari pukul 6 pagi hingga 2 petang sahaja. Kalau terlambat, takut tutup beb. Paling seram, takut semua lauk dah habis! Pagi-pagi ada lah sarapan roti canai jugak. Ala ala mamak gituh. Yang femes kat sini daging masak merah, ayam ros, sotong & kari telur ikan. Dah sampai situ, rambang mata nak memilih lauk! 

Kedai TOP memang camni. Beratur panjang gila. 
Tapi jangan risau, servis diorang boleh tahan laju.

Nasi Kandar kuah banjirrrrrrr satuuuuuuuu!


12:00 p.m : Burrppppp! Alhamdulillah! Dah kenyang perut, kitorang pun teruskan perjalanan ke hentian seterusnya iaitu; DARK MANSION PENANG. Terletak di tengah-tengah bandar George Town, ianya adalah sebuah muzium 3D Glow In The Dark. Syurga kaki bergambar lah kekdah nya!

Tak silap harga tiket dewasa RM20 (seorang). Untuk info cara booking tiket, waktu operasi, dan apa yang menarik, korang boleh klik http://darkmansionpenang.com/ . Serius memang cantik gila dalam muzium tu! Aku pun takjub dan terkesima jap bila tengok cahaya-cahaya lampu dan gambar mural 3D yang dilukis tu. Memang macam di alam fantasi!


Ala ala macam dalam movie Avatar kannnn!

1.40 p.m : Masa untuk check-in hotel penginapan! Yeah, boleh lah rehatkan badan dan solat jap. Kitorang stay di hotel Royale Bintang Penang. Sekarang dah tukar nama, Royale Chulan Penang. Booking guna traveloka je senang. Dah siap bayar awal-awal, tinggal bawak diri tunjuk resit je dekat kaunter. Antara sebab aku booked hotel ni, dia terletak kat bandar. Senang nak pusing-pusing bandar, tangkap gambar, jalan kaki cari makan pun boleh! 

Bangunan hotel klasik dan serba putih. Cantik sangat!

Bilik kitorang (Superior Room). Bilik paling basic. Pun dah nampak power kan?

Pool dia cantik & biru gila! Tapi aku tak sempat nak pergi pun. Jadual pack. Haha.

Klik https://www.royalechulan-penang.com/ untuk info lanjut.

6:00 p.m : Lepas dah puas rehat, kitorang pun jalan-jalan cari makan di sekitar MEDAN SELERA PADANG KOTA LAMA. Dekat je dengan hotel. Kalau rajin, memang boleh je nak jalan kaki. Kat sini banyak pilihan kedai makan. Helokk sangat kalau bawak family kat sini waktu petang. Boleh makan-makan santai sambil ngadap angin laut melambai-lambai. Antara makanan yang viral kat sini : Cha Kuey Tiaw Udang Besaq kepala, Mee Sotong Pedas membara, Rojak beratoq, Cendol nyaman dan Coconut Shake.






Ingatkan nak makan ringan buat minum petang je, tetiba saka kitorang laki bini melantak macam tiada hari esok! HAHA. So kitorang decide taknak makan malam dah. Perut sendat katanya. Just nak pusing-pusing melihat keindahan bandar lah malam tu. Kemudian balik hotel untuk tidur.

TAPIIIIIIIIIIIIII..................................

11:30 p.m : Bila dah balik hotel, perut aku pulak mengada-ngada lapar semula tengah malam. So apa lagi, sepantas kilat aku google restoran yang masih bukak time-time cenggini. Nasib baik NASI KANDAR BERATOQ memang mula beroperasi waktu malam. So aku pun apa lagi, cecepat ajak encik suami memenuhi hasrat di hati.

Tudiaaaa beratoqqqq! Memang tempat makan dia kat jalan raya gelap camtu. Jangan tekezutt.

*Tapi review jujur ikhlas dari hati aku, rasanya biasa-biasa jer. Sebab lauk ayam dan telur ikan aku dapat tu macam dah sejuk dan keras. Lagipun, kuah kari nasi kandar dia versi tak pedas. So untuk hantu pedas macam aku ni, tak digalakkan makan di sini ya. Nanti cepat muak. Aku yang pada mulanya lapar tu pun, tetap tak habis sepinggan.

**Klik sini untuk tengok itinerary hari kedua di Penang!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

POPULAR POSTS