JALAN-JALAN PENANG (Bukit Bendera & Pantai Batu Feringgi)

By FARAA MUSA - November 08, 2017

ITINERARY PENANG [3 HARI 2 MALAM]

7.30 a.m : Memang recommended sangat Hotel Royale Chulan Penang ni. Bilik cantik, makanan pulak banyak pilihan tau. Aku kalau travel memang selalunya booking bilik siap ambil pakej breakfast sekali. Senang nak gerak awal untuk aktiviti seterusnya. Yelah, kalau nak harapkan makan kat kedai, memang kena tunggu paling awal pun pukul 8 atau 9 baru buka. Tapi kalau breakfast di hotel, dah ada seawal 6.30 pagi pun dah ada.

8.30 a.m : Gerak ke Bukit Bendera untuk menaiki cabel car. Bukan cabel car yang tergantung macam kat Langkawi tu tau. Tapi macam keretapi yang bergerak naik turun bukit. Ada apa kat atas bukit? Haaa ada pemandangan bandar Penang, ada coffee shop untuk santai-santai, ada banyak tempat bergambar menarik, ada muzium burung hantu, dan ada disediakan perkhidmatan buggy car kalau korang nak naik atas lagi. tapi berbayar lerr. Pendek kata, kat atas bukit tu memang tempat yang sesuai sangat untuk pencinta alam sebab banyak sangat pokok-pokok bunga dan taman untuk berehat. Tips untuk naik cabel car ni, korang kena gerak seawal pagi yang boleh. Bukan untuk kejar tiket awal saja, tapi untuk kejar cuaca sejuk sebelum matahari tegak atas kepala!

Dek pemandangan untuk lihat seluruh bandar Penang. 
Gayat jugak lah sebab tinggi. Dah lah sejuk!




Pelantar 'love locks' yang famous amous

Romantik ke idok?

Bila agak-agak dah penat berjalan sekitar atas bukit tu, duduk rehat kejap.

Naik buggy car untuk ke tingkat atas lagi. Banyak rumah banglo milik orang kaya atas tu. Tapi aku tertanya jugak lah, susahnya nak pergi kedai beli barang dapur! Sebab transport yang ada hanyalah cabel car, atau kereta pacuan 4 roda untuk meredah jalan berbukit. 

Memandangkan kitorang sampai awal pagi, aktiviti pun habis awal. YAYYY! Waktu kitorang turun tu, nampak orang ramai masih beratur panjang gila untuk beli tiket cabel car. Fuhhh! So korang yang nak pergi Bukit Bendera tu, take note lah ya. Datang awal pagi untuk cuaca dan mood yang baik. Hehe.

11:00 a.m : Disebabkan masa masih awal, kitorang decide untuk naik tour bus Penang yang ada di kawasan parking cabel car Bukit Bendera tu. Katanya memang akan ada bas setiap 15-30 minit, untuk bawa pelancong pusing-pusing bandar dalam masa satu hari. (Ada katalog pakej pilihan, korang boleh pilih nak jenjalan area mana - pantai, bandar, satu Penang pun boleh). Tour bus ni ada 2 tingkat, so kitorang pun apa lagi, cecepatlah naik cop seat atas. Duduk kat ruang tak berbumbung, konon senang nak nampak view Penang.

Sementara tunggu pelancong lain naik bas, kita selfie duluuuuu!

Sekali-sekala nak acah acah tourist di negara sendiri. Kat belakang tu penuh dengan mat saleh.
Btw, kejap je kitorang duduk di ruang tak berbumbung tu. Sebab dah tengahari panas, terus lari masuk seat aircond. HAHA


1:00 p.m : Singgah di Pantai Batu Feringgi ketika dalam perjalanan pulang ke bandar semula. Boleh tahan cantik dan bersih jugak. Waktu kitorang sampai tu, ada je family yang mandi-manda kat pantai tu. Siap berkelah lagi! Best nya tengok ☺






Bila travel berdua, macam ni lah gayanya. Takde orang nak snap kan gambar. Pepandai lah korang suruh suami panjangkan tangan selfie. HAHA

Dah puas bergambar, kitorang pun teruskan perjalanan hingga lah sampai ke suatu tempat yang ada gerai-gerai kecil yang menjual makanan. Masih dengan pemandangan di tepi pantai. Cuaca panas sangat, so encik suami ajak singgah minum duluuuuu!

 Pekena laksa Penang & ABC tetengah panas, di tepi pantai, memang SYOKKK!



Ambik feel ditiup angin pantai ke tuuuu?

2:30 p.m : Oleh sebab perut kitorang pun dah lapar gila, terus buka waze ke Restoran Kapitan. Menu viral kat sini yang wajib orang order adalah; Nasi Briyani Kapitan & Cheese Naan. Ayam tandoori dia pun sangat sedap okayy! Nasi briyani dia lain sangat, dan tak sama langung macam nasi briyani Johor kita tu. Briyani Kapitan berwarna kuning, dihidang tanpa kuah sebab rasa nasinya memang dah sedap dan pedass! #kakimakanpedas Cuma tambah lauk ayam tandoori saja. No dalca, no acar buah. Sorry takde gambar sendiri, sebab dah lapar gila time tu. 




Gambar ihsan Google jer awak 

**Info : Caber car Bukit Bendera mula dibuka pada pukul 6.30 pagi. Harga tiket dewasa adalah RM10 seorang. Tiket boleh dibeli secara online juga. Info lanjut : http://www.penanghill.gov.my/index.php/en/ 

Klik sini untuk baca itinerary hari ketiga di Penang!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

POPULAR POSTS