JALAN-JALAN PENANG (Amazing World Studio, Roti Bakar Transfer Road, Street Art & Masjid Kapitan Keling)
By FARAA MUSA - November 08, 2017
Harini adalah hari terakhir kami di Penang, dan suami pula dah dapat demam sejak malam semalam sebaik saja balik dari Bukit Bendera & Pantai Batu Feringgi. So, kami decide untuk sekadar berjalan di sekitar tempat berdekatan hotal saja sebelum bergerak ke airport tengah hari nanti.
9:00 a.m : Ke Amazing World Studio yang terletak sebaris dengan hotel yang kami duduki. Kebetulan, tetamu hotel Royale Chulan Penang ada diberi potongan harga istimewa jika berkunjung ke studio bergambar 3D itu. Penang memang terkenal dengan studio-studio atau muzium bergambar 3D dan 4D kan? So apa lagi, kami pun tak lepaskan peluang untuk bergambar sampai penuh memori phone!
Layankan aje orang demam tapi suka bergambar ni...
Oh ya, kalau ikut plan asal, hari ketiga kami memang hanya aktiviti bergambar sahaja di sekitar bandar terdekat. Kalau korang free dan tak demam macam kami, boleh lah follow itinerary plan berikut :
(1) Roti Bakar Transfer Road.
Kalau nak sarapan di sini, memang perlu datang seawal 7.30 pagi. Sebab by the time pukul 11.30 pagi, memang selalunya makanan dah habis. Apa yang viral kat sini? Roti canai cicah kari ayam dan roti bakar telur goyang dia. Kedai dia tepi jalan je, macam stall kecik gitu. So tak perlu korang nak susah payah search restoran pulak!
(2) Bergambar di Penang Street Art.
Buat kaki gambar macam aku, memang tak sah kalau tak singgah ke 'port' background terbaik ni. Korang boleh pergi ke dinding-dinding mural ni sama ada dengan berjalan kaki (kalau power dan gagah), atau ada disediakan servis sewaan basikal. Tapi hati-hati lah ye, sebab kenderaan di jalan Penang ni padat dan boleh tahan laju!
(3) Masjid Kapitan Keling.
Ianya adalah masjid terbesar dan tercantik di Georgetown. Kalau ada peluang, jangan lupa untuk singgah solat dan bergambar untuk kenangan di masjid ini. Orang tempatan kata, suasana masjid ketika matahari terbenam dan ketika waktu malam, lebih cantik dan menarik. Sebab ada sinaran lampu-lampu kot.
0 comments