[JALAN JEPUN] : MACAM DALAM MIMPI (Arashiyama Bamboo Forest)

By FARAA MUSA - November 13, 2017

Sebelum bertolak ke Jepun haritu, sis memang asyik Google dan sengih sensorang bila tengok gambar-gambar sebuah hutan bamboo yang tersebar merata kat media sosial. Sambil berkata dalam hati, "Biar betul. Wujud ke tempat camni? Erm, dalam kamera je kottt". Amboi, skeptikal nya sis! Yelah, sebab cantik sangat, hijau mata memandang. 



Finally sampai dan dapat juga tengok Arashiyama Bamboo Forest depan mata. The moment sis nampak pokok-pokok bamboo ni, terus speechless dan agak emotional. Sebab tak sangka boleh jejakkan kaki ke tempat yang selama ni kita duk tengok belek-belek kat Google sambil berangan. Memang rasa macam masuk ke alam mimpi! 

Korang pernah nampak himpunan pokok-pokok buluh, yang tersusun di kiri dan kanan jalan, dan di tengahnya ada laluan pejalan kaki. Pernah? Sis tak pernah dan sis memang jakun kejap kat situ. HAHA.


Sis je jakun. Mak sis ni berlakon jakun je untuk bergambar.

ASAL USUL ARASHIYAMA BAMBOO FOREST 

Dengar cerita, asal usul Arashiyama Bamboo Forest ini adalah hasil seorang artis di Jepun pada masa dulu. Hutan ini sebagai cara beliau meluahkan dan menunjukkan ekspresi perasaannya dalam menghargai alam sekitar. Artis tu berpendapat bahawa sebagaimana kita harus sentiasa mengikuti kemodenan dan pembangunan, kita juga mesti menghargai dan tidak melupakan kepentingan alam dalam kehidupan. Dan jugak, tujuan dia wujudkan bamboo forest ni untuk menggalakkan manusia berhubung dengan alam flora fauna. Jadi, artis kaya tersebut beli tanah di situ, dan tanam dan susun seberapa banyak buluh di sini. So bila tension ke, runsing ke, ada masalah ke, bolehlah rehatkan minda kat sini. Siapa sangka akhirnya susunan pokok buluh ini menjadi sebuah tarikan pelancongan di dunia. Hebat kan? Kalau betul lah cerita yang sis dapat tahu ni, maka banyak sungguh pahala artis tu kan.

You don't know how struggle we are to get this kind of shot without any photobomb.


TRIVIA ARASHIYAMA BAMBOO FOREST :

1. Orang yang sukakan nature dan percutian yang menenangkan, memang WAJIB datang sini.

2. FREE COST. Korang cuma perlu keluarkan duit untuk tambang datang ke sini saja. Dan tempat ini dibuka 24 jam. Tapi kalau korang datang malam, mana nak nampak buluhnya?

3. Waktu sis pergi tu musim panas. Tapi tetap tiak tak banjir. Sebab dalam tu nyaman dan sejuk je macam ada aircond.

3. Tempat ni sangat ramai orang (well ofkos lerrr). So, banyakkan bersabar untuk bergambar. Unless, kau jenis tak kisah kalau gambar kau ada orang photobomb, atau background yang kau nak dipenuhi dengan kepala-kepala orang lain.


4. Orang Jepun sangat menghormati orang lain, walaupun terhadap strangers dan pelancong. Diorang akan stop kejap, untuk bagi laluan pada kita untuk ambil gambar. (Dan pada detik itu pun kau terus posing awkward sebab dorang duk tengok je kau bergaya. HAHAHA).

5. Ye betul. Yang selalu tak sabar dan buat tak nampak orang nak bergambar adalah pelancong lain. Tapi tak semua begitu. Ada juga tourist yang sopan santun dan baik hati untuk snap kan gambar korang. So kepada solo traveller tu, jangan risau sangat.

6. Kalau korang sejenis cepat penat, atau pergi dengan family dan parents yang agak tua, tak perlu habiskan berjalan sampai ke hujung pun takpe. Sebab penat pulak nak patah balik keluar di jalan yang sama tu nanti. In fact, di situ ada khidmat rickshaw guy yang sado dan sudi bawa penumpang (asalkan korang bayar).

Abang rickshaw jangan serius sangat muka tu please

7. Ada beberapa kedai kecil yang menjual makanan ringan, aiskrim dan minuman berhadapan bamboo forest tu. Yang best nya, ada satu kedai aiskrim ni famous gila sebab jual murah dan cepat. Dah penat berjalan kat hutan tu, boleh lah beli buat hilang dahaga.

Aiskrim matcha berharga 200 yen. Tempat lain mana nak dapat wei?

Pengajaran dari kisah hutan bamboo ni adalah; jangan pernah takut untuk bermimpi. Pasanglah impian korang untuk jejakkan kaki ke mana saja di muka bumi ini. Tapi jangan lupa berusaha mencapai impian itu.


"If you can dream it, you can achieve it. - Walt Disney"

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

POPULAR POSTS