[JALAN JEPUN] : ISTANA KUNO DI TENGAH BANDAR MODEN (Osaka Castle)

By FARAA MUSA - November 10, 2017

Konichiwa! 

Ececeh sejak balik dari Jepun terus sis acah-acah gadis Manga yang omey. Btw, konichiwa maksudnya hello gais. Ok tanpa buang masa, sis nak cerita sikit pengalaman sewaktu pergi ke Osaka bersama famili pada bulan Ogos lepas; iaitu ketika dalam musim panas. Tapi panas di sana tak lah sepana mentari macam di Malaysia sampai bermandi peluh. Di Jepun jenis panas kering. Cuaca panas, tapi tetap masih ada angin sikit-sikit.

Destinasi pertama yang sis tuju sebaik saja turun dari flight di Kansai Airport, adalah Osaka Castle. Dari airport, aku menaiki train selama sejam menuju ke stesen apa entah tak ingat nama untuk simpan luggage kitorang ni dalam loker sewa.

Suasana persekitaran Osaka Castle penuh kehijauan

Ooopppss lupa pulak! Kalau korang ada plan nak ke Jepun, aku nasihatkan prepare beli dan topup siap-siap kad Icoca. Ala lebih kurang macam kad Touch N Go lah. Perjalanan kita jadi lancar dan mudah sebab banyak nak guna public transport kat Jepun ni tau. Dia ada banyak brand dan nama kad, tapi yang tour guide kitorang sediakan adalah Icoca. Kalau korang jenis backpackers dan pergi sendiri, boleh dapatkan dari airport. Apa-apa, tanya je sheikh Google.

Kad Icoca ni boleh topup guna mesin automatik kat stesen-stesen keretapi juga.

Dari stesen keretapi tersebut, kitorang terus berjalan kaki ke Osaka Castle. Ada lah lebih kurang 3-5 km rasanya. Nasib baik tour guide kitorang memang dah pesan siap-siap untuk prepare mental dan fizikal sebaiknya. Sebab di Jepun memang kena banyak gila berjalan kaki dan gunakan public transport. Kalau orang tak biasa, boleh patah kaki jugak berjalan kat Jepun oi! Huhu.

Nampak tak tasik hijau belakang kitorang tu? Jauh lagi nak mendaki bukit haaa..

Selalunya sis memang tak minat sangat nak pergi tempat-tempat bersejarah ni. Tapi Osaka Castle ni kes terkecuali. Sebab sis belum pernah lagi jumpa istana klasik turun-temurun dari dinasti terdahulu, yang terletak kat tengah-tengah kemodenan bandar! Boleh bayang tak Jepun tu bandar dia moden dan sibuk macam mana? Tetiba macam ada perkampungan tradisional kat situ. Osaka Castle ni dikelilingi tasik yang cantik bersih, dan taman yang sangat luas menghijau. Kat situ korang boleh pilih sama ada nak berjalan kaki, sewa basikal, atau naik tour train yang disediakan. (Ofkos lah berbayar uollss..)

Sampai jugak kita di puncak Osaka Castle, yeayyyy!

Memang tak skema atau formal langsung sebagai spot pelancongan rasmi. Siap ada kerusi tempat untuk pelancong duduk-duduk bersantai (ye lah penat kot dah jalan kaki sebab istana tu terletak atas bukit HAHA). Sambil menikmati pemandangan castle kat ata bukit yang dipenuhi dengan burung-burung merpati jinak sambil makan aiskrim Green Tea yang sodap! (Dan mahal. Ehem biasalah standard harga spot tourist kenn)

Aiskrim Green Tea yang creamy dan manis-manis manja

Kalau camni lah tempat bersejarah atau educational spot, memang relaks sangat kan? Tetiba terusss rasa minat subjek sejarah. HAHA!



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

POPULAR POSTS