[JALAN JEPUN] : FIRST TIME SOLAT OPEN AIR! (Togetsukyo Bridge)

By FARAA MUSA - November 14, 2017

Sepanjang hidup, korang pernah tak solat open air? Secara random dan terbuka di tempat lalu lalang orang awam.




Sis tak pernah solat secara open air sepanjang hidup, hinggalah sis pergi ke Osaka haritu. Alhamdulillah setakat ni sis pergi travel ke tempat-tempat yang ada masjid, surau, atau boleh saja solat di dalam hotel. Di Jepun memang agak susah nak cari surau atau masjid yang betul-betul khas untuk kita bersolat. Mungkin disebabkan negara ni ada minoriti muslim.

Balik dari 'bermimpi' di Arashiyama Bamboo Forest, kami nak terus gerak ke Gion dan Fushimi Inari. Kedua-dua tempat itu agak jauh juga walaupun di dalam daerah Kyoto yang sama. Memandangkan perjalanan kami masih jauh untuk diteruskan, kami decide untuk stop dan solat saja di mana-mana spot yang bersih; iaitu berdekatan Togetsukyo Bridge.



Togetsukyo Bridge ni antara tempat pelancong wajib singgah untuk ambil gambar berlatarbelakangkan panorama gunung-ganang dan alam semula jadi di situ. Kalau ikutkan, jambatan tu biasa je. Tak fancy dan tak secantik macam jambatan Putrajaya tu. HAHA. Mungkin sebab sis pergi pun musim panas, so nampak biasa je lah kot background gitu. 

Pemandangan cantik jer sebenarnya. Maybe fotografer yang tak reti ambik gambar kot? LOL

 Cuma sebuah jambatan lama (tapi bersih ofkos), yang menjadi laluan harian penduduk di situ. Di bawah jambatan ada sungai yang bersih mengalir. Dia tak jernih, tapi bersih tanpa sebarang sampah. Ini satu-satu benda yang sis salute gila kat Japanese, amalan pembersih.

Nak kata tahap bersihnya tu. Kekanak Jepun yang comel boleh main selamba turun celup-celup kaki dengan riangnya pada waktu panas terik. Gituhhh! Ni sungai bawah jambatan ni tau.

Ok back to the topic. (Sis selalu tersasar dari tajuk tau!) Sesampai je sis di tepi Togetsukyo Bridge tu, sis terus cari tandas awam untuk ambil wudhuk, prepare nak solat. Memang situasi begitu sangat awkward gila sebab Japanese duk tenung je segala benda yang kau buat dari part berkumur sampailah ke part buku lali! Done wudhuk, jom kita cari hidden spot di tepi jambatan untuk bersolat. Yelah, takkan kau nak solat tetengah jalan atas jambatan tu pulekkkk.

Kebetulan sis ternampak ruang kosong, redup di bawah pokok betul-betul tepi jambatan. Kami terus bentang kain bersih, dan solat. (Sebagai muslim, wajib bawa sehelai kain bersih buat alas solat, botol air kosong untuk ambil wudhuk, dan apps kiblat)

Nampak tak Togetsukyo di balik rimbunan pokok itu? 

Anywhere, everywhere. Sujud pada Yang Satu :)

Tanpa sis sedar, Togetsukyo Bridge dah ajar sis beberapa perkara :

1. Islam itu mudah dan boleh dipraktikkan kat mana-mana. Jangan kita menyusahkan dengan mindset tertutup "kita hanya boleh solat kat masjid sahaja" atau "nak solat wajib pakai telekung". Asalkan pakaian kita bersih dan tutup aurat, tempat nak solat tu bersih, OK ON!

2. Kekuatan muslim bukan datang dari banyaknya masjid, tapi datang dari diri sendiri. Kat Malaysia terlalu banyak surau dan masjid dibina, tapi tetap kosong. Di Jepun walaupun orang muslim adalah minoriti, tetapi mereka kuat dan boleh survive di mana-mana.

3. Betapa kita sebagai muslim seharusnya sangat malu dengan sikap orang Jepun. Depa lagi pembersih dari kita yang muslim ni weh. Lebih muslim, dari muslim. Bayangkan, tempat awam yang jadi laluan setiap hari pun takde seketul sampah. Kalau kat Malaysia, bawah jambatan dah jadi tempat pembuangan sampah. Air longkang dan sungai pun serupa teh tarik kot. 

"Berjalan, mengembara, dan belajarlah. Not all classrooms have 4 walls."

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

POPULAR POSTS