DAY 4 - CAVERSHAM WILDLIFE PARK, MARGARET RIVER CHOCOLATE FACTORY & MANDURAH CRUISE.
By FARAA MUSA - September 26, 2018
Tiba sudah hari terakhir #CutiCutiPerth sis bersama keluarga. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Tak puas lagi nak explore Perth yang bersaiz kecil, tapi bermacam tempat menarik di sini. Hari terakhir pun kami isi dengan aktiviti yang santai, sambil menikmati pemandangan Perth.
CAVERSHAM WILDLIFE PARK
Terletak tidak jauh dari homestay kami dan bandar Perth, Caversham Wildlife Park dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang sepanjang tahun kecuali Hari Krismas. Ianya merupakan taman haiwan atau zoo yang terkenal di Perth. Menempatkan lebih dari 200 spesies haiwan, Caversham Wildlife Park terbahagi kepada 6 bahagian utama. Iaitu; Meet The Wombat & Friends, Farm Show, Meet The Koalas, Feed The Kangaroos, Penguin Feeding, dan Molly's Farm.
**TIPS : Setiap bahagian ni ada slot persembahan masing-masing, korang boleh rujuk brochure yang diberi sewaktu pembayaran di kaunter tiket. Pastikan rancang perjalanan korang di dalam wildlife park tu tau. Kalau tak, membazir je. Rugi datang jauh-jauh, tapi terlepas persembahan-persembahan yang ada disebabkan kita yang tak reti merancang masa dan jadual.
Harga tiket bagi dewasa adalah AUD 29, manakala bagi kanak-kanak berharga AUD 14. Tapi kalau korang ada kengkawan yang belajar di Australia, boleh lah pinjam kad pelajar. Boleh dapat diskaun. Cuma perlu bayar AUD 22. Tapi kalau muka korang tak sama dengan muka di kad pelajar tu, jangan haraplah nak lepas. Hehe.
**TIPS : datang seawal pagi yang boleh. Supaya tak perlu beratur panjang dan lama menunggu untuk pegang mahupun bergambar dengan haiwan-haiwan comel tu. Kami sekeluarga antara pelawat pertama yang masuk ke taman dan bergambar dengan Koala! Comel dan gebuuuu sangat!
Caversham Wildlife Park menyediakan fasiliti seperi tempat parking percuma, Wifi percuma, tandas-tandas di bahagian-bahagian zoo, serta taman lapang bagi yang ingin berpiknik di kawasan luar zoo. Terdapat juga muzium kereta dan beberapa kedai makan di sekitar zoo tersebut. Kami pun sempat makan tengah hari di sana sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Bawa makanan yang dah dimasak dari homestay je. Ada banyak tempat-tempat duduk serta meja kosong disediakan, khas buat pengunjung di situ.
SWAN VALLEY MOSQUE
Sebelum bergerak ke lokasi yang jauh sedikit; iaitu Chocolate Factory di Margaret River dan Mandurah, kita berhenti untuk solat jamak dulu. Haa jarang sis ceritakan tentang tempat solat di dalam post-post #CutiCutiPerth sebelum ni kan? Sebab sis terlupa ambil gambar. Kalau ada kenangan pun, cuma dalam bentuk video je. (Jemput follow Instagram sis, boleh tengok kat situ ada 'Highlight' khas video-video Aussie.)
Sebelum ni, kami ada berhenti solat di Mirabooka Mosque, tempat lapang di taman sebelum tiba ke Lancelin Sand Dunes, dan juga surau E Shed Markets. Bukanlah niat sis untuk membangga diri dan menghebahkan kat orang yang kita ni sembahyang. Tapi sekadar berkongsi info buat kengkorang yang akan pergi Perth di masa akan datang. So, boleh take note tempat-tempat yang boleh/ada ruang solat. Travel travel jugak, solat jangan tinggal ya.
Selain gunakan masjid sebagai ruang solat, komuniti muslim jadikan masjid sebagai tempat beriadah & bermasyarakat. |
Sebelum ni, kami ada berhenti solat di Mirabooka Mosque, tempat lapang di taman sebelum tiba ke Lancelin Sand Dunes, dan juga surau E Shed Markets. Bukanlah niat sis untuk membangga diri dan menghebahkan kat orang yang kita ni sembahyang. Tapi sekadar berkongsi info buat kengkorang yang akan pergi Perth di masa akan datang. So, boleh take note tempat-tempat yang boleh/ada ruang solat. Travel travel jugak, solat jangan tinggal ya.
Swan Valley Mosque ini juga adalah masjid yang baru dibina sebelum Ramadhan yang lepas. Tetapi pembangunannya sangat cepat dan moden!. Ia turut dipanggil sebagai Bosnian Mosque kerana ditubuhkan oleh ramai persatuan serta masyarakat Bosnia yang tinggal di sini. Apa yang sis lihat, orang Muslim di Perth ini mempunyai perpaduan yang sangat kuat dan kukuh. Kerana mereka gigih menyumbang seberapa yang boleh, bagi membina masjid serta pusat-pusat pembelajaran Islam di sini. Walaupun Perth bukanlah sebuah negara muslim, tetapi tak susah untuk mencari masjid terutama di kawasan-kawasan perumahan.
MARGARET RIVER CHOCOLATE FACTORY
Selesai makan tengah hari, kita terus ke kilang coklat pula. Nak kata kilang, takde lah besar gedabak sangat macam kilang di Malaysia tu. Mungkin ada tersorok kat belakang kot. Kira bangunan yang kitorang pergi ni macam tempat pameran dan bilik memproses coklat kecil-kecilan je kot yang dibenarkan masuk oleh pelancong. Ada juga mini cafe kat sini, tapi kitorang tak singgah lah. Sebab dah kenyang makan lunch tadi, dan juga sebab takut kena cekik dek harga pelancong. Haha.
Serius ada bermacam-macam perisa dan bentuk coklat kat sini. Siap ada tester coklat sekali disediakan (tapi tak banyak lah). Ada yang mahal, ada yang murah. Ada yang halal dimakan, dan ada juga yang haram dimakan. Kena pepandai pilih. Kalau ada bahan-bahan yang diragui atau was-was, automatik sis tinggalkan saja. Walaupun sejenis hantu coklat, tapi benda nak jadi darah daging tetap kena jaga wak!
Tak banyak pun gambar di sini sebab nak cepat. Lagipun, sis busy memborong coklat lah kat situ. Tak dan nak bergambar bagai. Nak cepat gerak ke tempat seterusnya pulak.
Buah-buahan bersalut coklat |
MANDURAH CRUISES
Bandar Mandurah terletak di bahagian selatan Perth, dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 1 jam. Mandurah adalah bandar pelabuhan, yang terkenal dengan aktiviti perkapalan dan perikanan (memancing). Suasana Mandurah city yang tenang dan damai, membuatkan ianya menjadi penempatan bagi golongan pencen di Perth.
Ada beberapa jenis cruise di Mandurah. Tapi kami sekeluarga pilih untuk menaiki private boat yang lebih kecil dari cruise, sebab lebih mudah dan privasi untuk kami berlima je.
Sepanjang bot kami menyelusuri, terdapat deretan rumah-rumah mewah di kiri dan kanan (muara ke sungai tak pasti). Katanya rumah-rumah itu bukan untuk diduduki, tetapi dibeli dan dijadikan rumah peranginan ketika bercuti di Mandurah. Setiap rumah terssebut ada jeti peribadi masing-maing untuk 'parking' bot mereka. Fuhhh kemain taww!
Ready to sail! |
Boss tukang duduk je dalam bot |
Sepanjang bot kami menyelusuri, terdapat deretan rumah-rumah mewah di kiri dan kanan (muara ke sungai tak pasti). Katanya rumah-rumah itu bukan untuk diduduki, tetapi dibeli dan dijadikan rumah peranginan ketika bercuti di Mandurah. Setiap rumah terssebut ada jeti peribadi masing-maing untuk 'parking' bot mereka. Fuhhh kemain taww!
Selalunya pelancong pergi menaiki cruise di Mandurah untuk melihat ikan dolfin. Kira aktiviti special kat itu lah. Tapi disebabkan kitorang pergi time tu masih lagi hujung-hujung musim sejuk, maka dolfin nya pun nanhado! Segan nak muncul keluar agaknya. Apapun, kitorang puas hati juga sebab dapat melihat suasana cantik, serta pengalaman baru mengendalikan bot sendiri. Takde petugas atau driver ok. Pepandai lah rujuk map yang diberi, pusing lah sungai tu sendiri. Tapi kalau berlaku apa-apa, boleh hubungi talian diorang.
CICERELLO'S SEAFOOD RESTAURANT
Selepas aktiviti air, kitorang pun decide untuk dinner terus di Mandurah. Teringin nak makan fish n chips sedap buat kali terakhir sebelum meninggalkan Perth keesokan hari. Kebetulan ternampak pulak Cicerello's dari jauh, so apa lagi jom serbuuu!
Kat sini konsep layan diri, sama seperti di Kailis' Fish Market. Order, bayar dan ambil order di kaunter. Ada bermacam-macam menu menarik di Cicerello's, dan suprisingly harga dia lebih murah berbanding Kailis' yang terkenal itu. So kitorang order Grilled Fish n Chips, Combo set Lobster & Fish, dan Seafood Chowder.
Terus-terang, bagi sis Cicerello's lagi sedap dan berbaloi daripada Kailis' tu. Kalau korang pergi ke Fremantle, boleh try makan di kedua-dua restoran ni. Dan compare lah rasa sendiri. Tapi kalau sis berpeluang ke Perth lagi sekali, memang tak pergi restoran Kailis' dah kot. Hehe.
Nyummmss! |
Ready to eat! |
Tamatlah #CutiCutiPerth sis untuk kali ini. Sumpah percutian yang hebat, santai dan menggembirakan kerana tidak memakan kos yang banyak. Kalau korang nak bercuti ke luar negara, tempat cantik, makan murah, tanpa aktiviti yang memenatkan, dan mesra keluarga (kids & warga emas), Perth is totally recommended!
**Klik untuk Itinerari Perth Day 1
**Klik untuk Itinerari Perth Day 2
**Klik untuk Itinerari Perth Day 3
**Klik untuk Itinerari Perth Day 2
**Klik untuk Itinerari Perth Day 3
6 comments
seronok dapat kenal dan jalan2 negara orang kan
ReplyDeleteYa, Alhamdulillah..banyak belajar benda baru bila travel :)
Deletebest tuuu...Gambar semua cantik2
ReplyDeleteSalam faraa..u Guna travel agent Atau travel sndiri? Murah btl trip u rm1890 tu..
ReplyDeleteHi, nak tanya, berapa lama u sewa boat tu? sejam ke lebih? Best tak?
ReplyDeleteHi, tak ingat..dalam 40-45 minit rasanya..Best je..hehe
Delete