PENGALAMAN BEST DI FARM IN THE CITY (FITC)

By FARAA MUSA - September 18, 2018

Haluuu! Selamat Hari Malaysia sis ucapkan buat kita semua rakyat Malaysia. Selain dari semangat patriotik, mestilah mood seronok keriangan muncul sebab kita dapat extra cuti di hujung minggu yedak? Dapat jugak meluangkan lebih masa bersama keluarga tersayang. So, sempena cuti Hari Malaysia haritu, sis dan rakan-rakan blogger #KBB9 telah menyertai 'Bloggers Day Out' di Farm In The City Malaysia (FITC) bersama keluarga kami masing-masing. Fuhhh meriahnya tak boleh nak diceritakan! Akhirnya dapat juga sis bersua muka dan berkenalan dengan kengkawan yang selama ni kita asyik tengok dan like melalui Instagram sahaja. Hehe.


Separuh dari semua famili KBBA yang hadir


INFO FARM IN THE CITY 

Farm In The City merupakan 'petting zoo' terkenal di negara kita Malaysia. Haaa bukan zoo biasa-biasa yang kita pergi dan hanya boleh melihat haiwan dari jauh luar pagar tu tau. Di petting zoo, pelawat bukan saja boleh melihat dan memegang haiwan, tetapi juga boleh memberi makan (feeding) direct kepada haiwan-haiwan tersebut sambil dipantau oleh renjer zoo. Apa yang menariknya, FITC adalah petting zoo yang mempunyai spesies haiwan terbanyak di Malaysia! (tercatat dalam Malaysia Books Of Record)

Datang awal pagi, dapat parking bebetul depan pintu masuk FITC


RM10 untuk setiap satu baldi makanan. Kalau taknak beli pun takpe, di dalam ada makanan percuma disediakan.
Tapi terhad lah. Seorang pelawat dapat 1-2 batang sayur je camtu. 

Dalam setiap baldi dah diletakkan pelbagai jenis makanan bagi haiwan-haiwan yang ada di dalam.

Waktu operasi adalah berbeza mengikut hari-hari tertentu. Weekdays dibuka dari pukul 10 pagi - 6 petang. Weekends dibuka dari pukul 9.30 pagi - 6 petang. Ianya turut dibuka pada cuti umum dan juga cuti sekolah. Apa yang pasti, jangan pergi ke FITC pada hari Selasa kerana ianya tutup.

Waktu operasi Farm In The City

Harga tiket masuk bagi orang dewasa adalah RM37, manakala bagi kanak-kanak dan warga emas RM30. Bagi kanak-kanak berketinggian di bawah 90cm, masuk adalah percuma. Yahooo! Bagi sis, berpatutan dan berbaloi sangat harga ni dengan pengalaman bersama haiwan yang bakal kita dan anak-anak dapat di dalam nanti.

Harga terkini Farm In The City (2018)

RM125.00 untuk pakej lengkap semua ni.


AKTIVITI DI FARM IN THE CITY

Hampir keseluruhan taman adalah tidak berpagar, dan kita boleh memberi makan kepada 90% haiwan di dalam FITC. Wow! Ini bermakna pelawat boleh mendekatkan diri dengan lebih dari 100 jenis haiwan-haiwan jinak dan eksotik. Kalau sebelum ini kita hanya melihat haiwan tertentu dari kaca TV saja, kini di FITC semua orang tak kira tua, dewasa mahupun kanak-kanak dapat mendekati haiwan dengan persekitaran yang selamat.


Racoon ni manja sangat!

Masuk kandang kambing hati-hati. Depa lapar ngat sampai mengejar! Haha


First time pegang landak (pocurpine). Duri dia lembut je rupanya.

Terdapat pelbagai station disediakan mengikut jenis-jenis haiwan. Antaranya Ostrich Farm, Mbekk Mbekk House, Jungle Walk, Aviari Burung, Rumah Reptilia, Kebun Buah-buahan & Sayuran, Pet Village, Turtle & Tortoise Farm, Fish Feeding, Kampung Mahmood dan banyak lagi.

Kura-kura kat sini besar belaka


Cantiknya awak!

Aviari Burung paling best bagi makan. Jinak sangat datang kat orang.

Gebu overload!

Ikan diorang banyak dan besar gila. Puas betul dapat bagi makan.

Swan pun nak menumpang rezeki.


Aviari Burung ada burung, ayam, itik, merak. Semuanya bebas sekeliling kita.

Yang ni wajib lahhh ada pagar weh! Seram sis.


Alala comelnya kancil. Tak sangka kecik sangat.

Apapun, aktiviti yang paling sis recommend korang sertai adalah Pony Ride yang dikhaskan untuk kanak-kanak, menonton persembahan Parrot yang terletak di Kampung Mahmood, serta aktiviti Longkang Fishing yang membuatkan ibubapa mengimbau nostalgia menangkap anak-anak ikan di tepi longkang sewaktu zaman kecil dulu. Hehe. Maklumlah, bebudak sekarang mana nak pergi bermain di luar rumah tanpa kira kotor dan comot macam kita dulu. Banyaknya bermain dengan gajet je kan?

Parrot show start pukul 11.30 pagi

Pandai sungguh lahh parrot dengar kata.


Cantik maskot Faber Castel. Hehe

It's time for Pony Ride 

Gigih renjer FITC bawak sorang-sorang naik kuda.

Longkang Fishing is the new experience for kids nowadays. Longkang dia bersih.


KEMUDAHAN DI FARM IN THE CITY

Untuk ibubapa yang paranoid risaukan tentang kesihatan & kebersihan anak-anak bila beraktiviti dengan haiwan, jangan risau. Kerana di setiap station haiwan ada disediakan sinki dan sabun pencuci tangan bagi memastikan tahap kebersihan dijaga. Secara tak lansung, kita juga dapat mendidik anak tentang hygiene awareness :) Main main juga, kebersihan dan keselamatan diri jangan dilupa.

Cuci bersih-bersih lepas pegang haiwan

Selain itu, terdapat restoran dan kiosk makanan di dalam FITC. In case ada yang tak sempat sarapan, atau anak-anak lapar tetiba, boleh lah mengisi perut di sini. Harga sis bagitau awal-awal ya, standard tempat lawatan tourist lah ya. Tapi masih mampu beli InshaAllah sebab bukanlah sampai tahap harga hotel. Huhu.



Terdapat juga Kedai Souvenir di hadapan pintu masuk/keluar FITC untuk kemudahan pelawat membeli barangan cenderamata, minuman dan makanan ringan. Dan yang paling penting, pihak FITC tidak lupa menyediakan kemudahan surau dan tandas pelawat termasuk ada tandas ketika di dalam farm nanti. So, mommy papa don't worry ok! Haha.



Akhir kata, pengalaman di Farm In The City sangat-sangat best, seronok dan menggembirakan seisi keluarga. Totally recommended bagi orang berkeluarga yang mencari tempat mengisi waktu cuti dengan bermanfaat. Sambil bermain bersama haiwan, sambil belajar. Gittew!


  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. bestnyaa ramai2 pergi jalan sekali. btw tempat macam ni CT rasa yang dewasa pun sama2 excited kan ? tengok pets yang comel2 gebu2 ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah bila berjalan reramai! Aah, kita yg terlebih eksaited..haha

      Delete
  2. Seronok kan? Anak² akak happy sangat!

    ReplyDelete
  3. FITC ni memang best, tapi kalau anak besar sket bru best...anak IQ takut2 lagi ble nmpak ayam kejor dia..haha

    ReplyDelete
  4. Best mengejar ayam dan tangkap ikan budak2 ni. Paling seronok pony ride dan savannah. Mengekek diorang ketawa

    ReplyDelete

POPULAR POSTS