DAY 2 -THE PINNACLES & LANCELIN SAND DUNES

By FARAA MUSA - September 15, 2018

Setelah melalui hari pertama di Perth yang santai, hari kedua kami teruskan perjalanan ke tempat yang jauh sedikit dari pusat bandar Perth. Destinasi pelancongan yang jauh, tapi sumpah berbaloi sebab dapat pengalaman baru dalam hidup. Nak tau apa aktiviti yang baru tu? Jom sis sambung cerita. :)

THE PINNACLES - NAMBUNG NATIONAL PARK

The Pinnacles Desert

The Pinnacles yang kita nak kunjungi ni terletak di utara Perth yang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan dengan menaiki kereta. Basically, Pinnacles ni adalah kawasan yang dipenuhi dengan formasi batu kapur yang membentuk ribuan tiang-tiang terpacak berwarna kuning. Sebuah pemandangan yang memang menakjubkan sangat Subhanallah. Sebab selalunya kalau di Malaysia ni, kita boleh jumpa batu kapur di kawasan gunung-gunung dan di dalam gua kan. Tapi kali ni batu kapur di tengah padang pasir weh. Tekezuttt beb. (Terkejut kali pertama)

Sis terkejut sampai pepejam mata memikir di padang pasir ni.

Deretan batu kapur; snap dari dalam kereta

The Pinnacles ni telah dijadikan tempat pelancongan utama Perth, dan berada di bawah seliaan Nambung National Park. So, memang ada entrance fee lah. Sebanyak AUD 25 dikenakan untuk setiap kenderaan, dan AUD 12 bagi setiap orang (per person). Tempat parking kereta proper (tak berpasir) memang ada disediakan, tapi boleh juga drive masuk sekali ke tempat padang pasir tu. Syokkk! Teringat pengalaman kembara wadi pasir di Jordan & Egypt dulu. Tapi time tu naik jeep dan ATV lerr. Huhu.


Walaupun sini padang pasir, tapi tetap sejuk berangin sepoi-sepoi manja


Pemandangan Pinnacles dari atas dek pemerhatian. (Observation deck)

Sis pun tertanya-tanya macam mana lah boleh terbentuk batu kapur tetengah padang pasir ni? Dikatakan bahan mentah batu kapur Pinnacles tu terbentuk daripada sisa cengkerang dari era terdahulu yang kaya dengan hidupan marin atau laut. Hasil pecahan cengkerang-cengkerang yang banyak tu berubah menjadi pasir yang kaya dengan kapur, dan ditiup oleh angin ke kawasan pedalaman sehingga  akhirnya membentuk bukit pasir yang tinggi secara semula jadi. Ada juga yang mengatakan tiang-tiang Pinnacles dibentuk oleh tiupan pasir dan zarah-zarah batuan sehingga ianya menjadi keras. Tapi sehingga kini, masih ada pelbagai lagi kajian diteruskan sebab terdapat pelbagai teori tentang pembentukan batu kapur Pinnacles ini. Apapun, semuanya kuasa Allah yang Maha Hebat & Maha Teliti dalam menciptakan alam pelbagai bentuk hingga tak tercapai dek akal kita sebagai manusia biasa. #DoneTazkirah :P

Pose cover majalah "Jelajah Bertauladan" giteww

Eh syok berceramah sampai terlupa pula sis nak bagitau info penting. Nambung National Park ni dibuka setiap hari bermula dari pukul 7.15 pagi, hingga pukul 5.30 petang. So make sure korang gerak awal pagi dari bandar Perth ya. Perjalanan jauh, takut tak sempat nak masuk padang pasir, pintu pagar dah tutup. Buat penat je yob!


LANCELIN SAND DUNES

Ok kalau tadi kita pergi padang pasir berwarna kuning, kali ini kita nak meluncur di padang pasir putih pulak. Seluruh padang pasir bewarna putih tu nampak luas sangat ibarat tiada penghujung, dan langit Perth pulak memang dah lawa tak pernah tak membiru kan. Memang great combination sangat lukisan alam ini. Warna putih dia tu tak boleh bawak bincang tau. Putih tulen yang mampu buatkan mata kau terkebil-kebil terkejut dan takjub dengan ciptaan Allah yang sangat-sangat-sangat cantik! (Terkejut kali kedua)

Lautan padang pasir putih wuwuwuu!

Lancelin telah menjadi tumpuan utama yang popular di Australia untuk aktiviti 'sandboarding' atau luncur pasir. Sangat sesuai juga buat penggemar 'adrenaline rush' melalui sukan quad-biking atau pemanduan pacuan 4 roda yang penuh cabaran.

Acah acah free hand sandboarding

Masuk adalah percuma. Cuma perlu keluar duit untuk bayar sewa papan luncur untuk sandboarding je. Tu pun, kami sewa hanya 2 papan share berlima. Lancelin Sand Dunes ni open 24 jam. Tapi korang pun agak-agaklah, macam mana pulak keadaan padang pasir waktu tetengah malam kan? Kompem gelap gulita nak buat aktiviti apapun tak boleh. Silap-silap abang kaunter sewa papan luncur pun dah balik. Haha.

Suami happy sangat sampai terbang tak turun-turun


Cara main dia senang je. Korang cuma perlu gosokkan lilin pada bawah papan luncur sebelum memulakan sandboarding, untuk kasi licin & smooth. Kengkonon lajuuuuu je bila meluncur turun nanti. Dah ready panjat bukit padang pasir putih tu (tak tinggi sangat pun), pastu pilih lah korang nak start meluncur dari mana-mana bucu bukit. Yang pasti, semua orang meluncur ke bawah. Mustahil orang boleh meluncur arah naik ke atas bukit kan. Hahaha.

Ada macam gaya pro tak?

Bagi sis, tempat ni memang sesuai sangat untuk semua peringkat umur. Yang tua, yang budak, yang bapak, yang kakak semuanya enjoy. Ala bukan main luncur pasir beriye tahap profesional pun. Suka-suka sekadar mengisi rasa ingin mencuba dalam diri tu je. Bak kata orang, menimba pengalaman sekali seumur hidup. Gitteww! Paling koman pun, kau bergambar peluk papan luncur sebagai kenangan. Kan? :)

Pengalaman sandboarding yang takkan dilupakan seumur hidup.

Seharian tu memang kitorang sekeluarga have fun sangat! Letih gelakkan orang lain dan diri sendiri yang tersekat-sekat ketika meluncur sebenarnya. Setiap kali tengok semula video kitorang tunggang-terbalik kat padang pasir putih tu, kompem memasing terkekek-kekek gelak. Haha. Tapi yang paling sis pelik dan terkejut; "Gila ke apa mak aku ni umur dekat 60 tahun tapi dia lah yang paling riang dan gigih sekali buat sandboarding?" (Terkejut kali ketiga)

Mak sis yang paling kanan tu. Dekat pencen dah tu. Bayangkan power tak power nenek ni.


**Selesai DAY 2  #CutiCutiPerth. Berehat di homestay untuk perjalanan esok!


  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. gambar sandboarding free hand tu sumpah awesome. mengah nak panjat naik atas tu. kiranya ni Faraa pegi ke Pinnacles dulu la eh ? patah balik singgah Lancelin. menarik jugak idea tu pegi yang paling jauh dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul..kitorang gi pinnacles dulu, baru sandboarding. Mengah sambil terkekek-kekek mendaki! Hahaha. Memang kenangan tak boleh dilupakan

      Delete
  2. Hi Faraa! My family pun ada plan nak pergi The Pinnacles and Lancelin Sand dunes bila kitorang travel to Perth. Nak tanya, hari yang Faraa pergi tempat-tempat ni, Faraa solat kat mana ya?

    ReplyDelete

POPULAR POSTS