DAY 3 -FREMANTLE CITY, KAILIS' FISH MARKET & LUSH PERTH, AUSTRALIA
By FARAA MUSA - September 20, 2018
Pejam celik dah hari ketiga kami di Perth. Semalam dah penat berjimba keriangan sampai sakit-sakit badan. Haha. So harini kita buat aktiviti sesantai, rileks dan bershopping sikit. Hari ketiga ni kami plan untuk pusing-pusing di sekitar bandar Fremantle. Fremantle merupakan sebuah bandar pelabuhan yang terletak di barat Australia, dan juga sebahagian dari kawasan metropolitan Perth. Fremantle terkenal dengan sejarah maritimnya, bangunan rekaan seni bina Victoria, serta sisa hasil peninggalan jajahan British sewaktu masa dulu. Pendek kata, kira macam bandar Melaka yang penuh dengan sejarah, seni dan budaya. So, apa je tempat-tempat menarik yang ada di Fremantle ni? Jom sis kongsikan! :)
FREMANTLE WAR MEMORIAL
Tugu peringatan perang ni terletak di Monument Hill. Terdapat perlbagai tugu peringatan perang sempena simbolik buat para pejuang yang telah terkorban di situ. Ada tugu khas untuk angkatan tentera darat, tentera laut dan pelaut/kelasi kecil di sekitar Monument Hill tu. Kalau korang tak singgah sini pun takpe kot. Tapi memandangkan kitorang gerak dan sampai awal di bandar Fremantle, maka berhentilah untuk bergambar kenang-kenangan sekejap kat sini. Lagipun, free aje. Tak rugi pape pun.
RAINBOW SEA CONTAINER
Ni lagi satu spot pelancongan yang percuma je di Fremantle ni. Kira macam ikon Fremantle jugak lah. Tak sah kalau tak bergambar di gerbang pelangi yang diperbuat dari kontainer ni. Berketinggian 9 meter, 19 meter lebar, dan seberat 66 tan, Rainbow Container ini bukanlah hasil seni arca yang mudah untuk dibina.
Arca pelangi ini direka oleh artis terkenal Perth iaitu Marcus Canning. Dia menggunakan hasil kitar semula gabungan 9 buah kontainer laut (yang selalu kita nampak atas kapal besar tu) sehingga tercipta arca gerbang yang cantik ini. Katanya warna-warni pelangi kontainer ini adalah lambang harapan dan inspirasi, serta ssebagai tanda selamat datang ke Fremantle.
E SHED MARKET & FREMANTLE MARKET
Hari ketiga di Perth ni, kita nak mencuci mata (dan mencuci dompet) dan melawat kawasan perniagaan tempatan. Nama je 'market' tapi bukan lah macam pasar tani mahupun pasaraya yang biasa kita gambarkan di Malaysia. E Shed Market & Fremantle Market ni merupakan tempat perniagaan warga tempatan Australia untuk mempamerkan hasil seni kreatif dan produk kraftangan mereka. Macam yang sis bagitau sebelum ni, Fremantle City sangat terkenal dengan sejarah, seni bina dan budaya. Ala-ala macam Pasar Seni lah ni.
Kalau korang nak shopping ole-oleh atau souvenir, boleh lah memborong di E Shed Market ya. Bukan sahaja harganya lebih murah berbanding tempat lain, tetapi juga terdapat ramai pekerja Asia yang datang dari Indonesia, China, Singapore. Jadi, boleh lah tawar-menawar extra sikit. Huhu.
Selain daripada produk kesenian dan kraftangan, terdapat pelbagai kiosk-kiosk makanan tempatan juga di sekitar kedua-dua market ini. Jangan terkejut, ada kedai makan Melayu ok. Siapa mengidam karipap atau mi goreng mamak, boleh lah makan di E Shed Market. Pemilik kedai adalah orang Melayu Singapore.
KAILIS' FISH MARKET
Selepas selesai aktiviti membeli-belah, perut pun dah lapar. Maka kita terus gerak ke restoran Fish & Chip paling popular di Fremantle; iaitu Kailis' Fish Market. Kalau korang nak tau, hidangan Fish N Chip merupakan ikon makanan di negara Australia kerana mereka mempunyai perairan yang sangat luas serta bangga dengan hasil laut mahupun nelayan mereka. Dan jika ke Perth, Kailis' Fish Market lah yang paling disebut-sebut orang. Oh ya, Kailis ni adalah sempena nama pakcik nelayan yang membuka restoran hidangan seafood ini.
Katanya, di sini ada Fish N Chip terbaik dalam seluruh Perth. Betul ke idok? Tapi kalau dilihatkan, memang tersangat ramai jumlah pengunjung di sini. Kalau datang lewat sikit, kompem penuh takde tempat duduk. Suasana restoran tu best dan damai sangat sebab berada di tepi tasik, dan dikelilingi kapal-kapal gergasi yang sudah tidak digunakan lagi. Memang cantik sangat!
Rasa Fish N Chip di Perth ini memang tidak sama langsung dengan yang biasa kita makan di Malaysia. Rasanya lebih fresh, segar, dan sihat. Sebab tak berlemoih minyak macam di Malaysia tu. Hahaha. Tapi, bagi orang bertekak Melayu macam sis rasanya agak hambar dan cepat muak juga So, kena makan panas-panas. Sebab bila dah sejuk nanti, semua dah jemu. Maklumlah, sos pencicah dia pun bukan ada rasa pedas pun. Sos dia rasa macam masam-masam creamy berlemak gitu. Tapi, memang begitulah resepi asal Fish N Chip yang sebenar kalau korang nak tau. Tak banyak bahan perasa, dan ikannya pun tak bergaram. Cuma disalut tepung sahaja dimakan fresh. Kalau nak tambah perasa sikit, tabur garam sendiri dan perahkan lemon di atasnya. Siap! Ada banyak je menu seafood lain di situ. Tapi tak jadi nak order sebab portion nya agak banyak. Fish N Chip pun jenuh nak menghabiskan, tak berdaya nak tambah menu lain.
COTTESLOE BEACH
Dalam perjalanan balik semula ke bandar Perth, kami singgah sebentar di Cottesloe Beach. Pantai yang cantik, jernih kebiruan, dan tumpuan orang tempatan membuat aktiviti keluarga. Katanya antara laut terkenal juga di Perth ini. Tapi disebabkan waktu kami datang tu tengahari, matahari memancar-mancar, maka sekejap je lah aktiviti bergambar kami. Huhu.
LUSH - FRESH HANDMADE COSMETICS
Sempat juga singgah ke Lush cawangan Perth. Niat awal hanya nak mencuci mata, tapi terbeli juga seketul dua barang. Maklumlah, bukan senang nak restock barangan Lush kat rumah tu. Tapi dengan kata tak lama lagi Lush akan ada di Malaysia. Yahooooo!
Bagi yang tidak tahu, Lush merupakan brand barangan penjagaan diri (skincare, body & hair care) yang semuanya diperbuat menggunakan bahan-bahan natural semulajadi secara handmade. Jadi, produk-produknya mempunyai jangka hayat penggunaan yang pendek kerana tiada sebarang penggunaan bahan pengawet di dalamnya. Produknya pun comel-comel dan bersaiz kecil sahaja. Boleh digunakan sehingga 3-4 bulan sahaja. Tak macam produk shampoo atau sabun yang ada di kedai-kedai biasa; tarikh expired adalah bertahun-tahun lamanya kerana mempunyai bahan pengawet supaya produk kekal tahan lama.
**Selesai DAY 3 #CutiCutiPerth. Berehat di homestay untuk perjalanan esok!
*Klik sini untuk baca itinerary #CutiCutiPerth Day 1
*Klik sini untuk baca itinerary #CutiCutiPerth Day 2
E Shed Markets macam gudang lama |
Fremantle Markets macam pekan koboi klasik |
Di depan pintu masuk Fremantle Markets |
Hari ketiga di Perth ni, kita nak mencuci mata (dan mencuci dompet) dan melawat kawasan perniagaan tempatan. Nama je 'market' tapi bukan lah macam pasar tani mahupun pasaraya yang biasa kita gambarkan di Malaysia. E Shed Market & Fremantle Market ni merupakan tempat perniagaan warga tempatan Australia untuk mempamerkan hasil seni kreatif dan produk kraftangan mereka. Macam yang sis bagitau sebelum ni, Fremantle City sangat terkenal dengan sejarah, seni bina dan budaya. Ala-ala macam Pasar Seni lah ni.
Sandal diperbuat dari leather |
Barang hiasan deko rumah |
Gerammm tengok hiasan dapur! |
Kalau korang nak shopping ole-oleh atau souvenir, boleh lah memborong di E Shed Market ya. Bukan sahaja harganya lebih murah berbanding tempat lain, tetapi juga terdapat ramai pekerja Asia yang datang dari Indonesia, China, Singapore. Jadi, boleh lah tawar-menawar extra sikit. Huhu.
Keychains, tote bag, fridge magnets semua ada |
Sis ramban mata tengok tea bermacam flavor |
Sejenis hantu Tea. Buat hilang stress. |
Selain daripada produk kesenian dan kraftangan, terdapat pelbagai kiosk-kiosk makanan tempatan juga di sekitar kedua-dua market ini. Jangan terkejut, ada kedai makan Melayu ok. Siapa mengidam karipap atau mi goreng mamak, boleh lah makan di E Shed Market. Pemilik kedai adalah orang Melayu Singapore.
Bahagian luar cafe E Shed Markets. Sejukk! |
KAILIS' FISH MARKET
Selepas selesai aktiviti membeli-belah, perut pun dah lapar. Maka kita terus gerak ke restoran Fish & Chip paling popular di Fremantle; iaitu Kailis' Fish Market. Kalau korang nak tau, hidangan Fish N Chip merupakan ikon makanan di negara Australia kerana mereka mempunyai perairan yang sangat luas serta bangga dengan hasil laut mahupun nelayan mereka. Dan jika ke Perth, Kailis' Fish Market lah yang paling disebut-sebut orang. Oh ya, Kailis ni adalah sempena nama pakcik nelayan yang membuka restoran hidangan seafood ini.
Voted the best fish n chips katanyerr |
Muka memasing tahan perut tak sabar nak lunch |
Katanya, di sini ada Fish N Chip terbaik dalam seluruh Perth. Betul ke idok? Tapi kalau dilihatkan, memang tersangat ramai jumlah pengunjung di sini. Kalau datang lewat sikit, kompem penuh takde tempat duduk. Suasana restoran tu best dan damai sangat sebab berada di tepi tasik, dan dikelilingi kapal-kapal gergasi yang sudah tidak digunakan lagi. Memang cantik sangat!
Banyak tourist je datang Kailis ni |
Sementara fish n chip sis siap |
Let's dig in guys! |
Rasa Fish N Chip di Perth ini memang tidak sama langsung dengan yang biasa kita makan di Malaysia. Rasanya lebih fresh, segar, dan sihat. Sebab tak berlemoih minyak macam di Malaysia tu. Hahaha. Tapi, bagi orang bertekak Melayu macam sis rasanya agak hambar dan cepat muak juga So, kena makan panas-panas. Sebab bila dah sejuk nanti, semua dah jemu. Maklumlah, sos pencicah dia pun bukan ada rasa pedas pun. Sos dia rasa macam masam-masam creamy berlemak gitu. Tapi, memang begitulah resepi asal Fish N Chip yang sebenar kalau korang nak tau. Tak banyak bahan perasa, dan ikannya pun tak bergaram. Cuma disalut tepung sahaja dimakan fresh. Kalau nak tambah perasa sikit, tabur garam sendiri dan perahkan lemon di atasnya. Siap! Ada banyak je menu seafood lain di situ. Tapi tak jadi nak order sebab portion nya agak banyak. Fish N Chip pun jenuh nak menghabiskan, tak berdaya nak tambah menu lain.
Bagi sis, potato chips dia yang besar gedabak tu yang buat muak sebenarnya. Sebab terlalu banyak. Haha |
Crispy di luar, lembut di dalam. Fuhh! |
COTTESLOE BEACH
Dalam perjalanan balik semula ke bandar Perth, kami singgah sebentar di Cottesloe Beach. Pantai yang cantik, jernih kebiruan, dan tumpuan orang tempatan membuat aktiviti keluarga. Katanya antara laut terkenal juga di Perth ini. Tapi disebabkan waktu kami datang tu tengahari, matahari memancar-mancar, maka sekejap je lah aktiviti bergambar kami. Huhu.
Dah habis idea nak pose apa |
Sepanjang kat Aussie ni memang biruuu je mata |
Selfie at the beach is a must! |
LUSH - FRESH HANDMADE COSMETICS
Sempat juga singgah ke Lush cawangan Perth. Niat awal hanya nak mencuci mata, tapi terbeli juga seketul dua barang. Maklumlah, bukan senang nak restock barangan Lush kat rumah tu. Tapi dengan kata tak lama lagi Lush akan ada di Malaysia. Yahooooo!
Look at those yummy bathbombs |
Natural & homemade products 100% |
Bagi yang tidak tahu, Lush merupakan brand barangan penjagaan diri (skincare, body & hair care) yang semuanya diperbuat menggunakan bahan-bahan natural semulajadi secara handmade. Jadi, produk-produknya mempunyai jangka hayat penggunaan yang pendek kerana tiada sebarang penggunaan bahan pengawet di dalamnya. Produknya pun comel-comel dan bersaiz kecil sahaja. Boleh digunakan sehingga 3-4 bulan sahaja. Tak macam produk shampoo atau sabun yang ada di kedai-kedai biasa; tarikh expired adalah bertahun-tahun lamanya kerana mempunyai bahan pengawet supaya produk kekal tahan lama.
Even the tubs also we can recycle. And if u bring 5 empty tubs to any Lush's branch, u will get 1 free product (tub). |

0 comments