Hai korang! Dah 3 minggu berlalu sejak #CutiCutiPerth , baru sis ada kekuatan nak update itinerary Perth kami. Kemain kan statement sis! Yang benarnya dasar pemalas tak sedor diri. HAHA! Ok tanpa banyak membebel, jom kita mulakan perjalanan #CutiCutiPerth!
HARI PERTAMA - TIBA DI PERTH
Memandangkan trip ke Perth kali ini adalah berkonsepkan 'family vacation' bersama kedua ibubapa sis, maka sis ambil pakej 'private group' dari syarikat Your Budget Trip (YBT) untuk keselesaan keluarga. Senang dan mudah, tour guide akan handle group kami sekeluarga sahaja sepanjang perjalanan 5 hari di sana. So sebelum sis pergi ke Perth, memang dah berhubung awal-awal dengan bakal tour guide kami di sana nanti. Penginapan homestay, tour guide atau driver peribadi, tiket masuk ke tempat-tempat lawatan, serta makanan breakfast & lunch sepanjang 5 hari 4 malam disediakan terus dalam pakej. Total kos ada;ah RM 1875.00 seorang. Ok lah kan?
Sekejap je, perjalanan hanya ambil masa selama 5 jam. Sis ambil penerbangan Air Asia; berlepas dari KLIA 2 pada pukul 1.00 pagi dan mendarat di airport Perth pada pukul 6.00 pagi. Tour guide jemput, dan terus bawa kami ke homestay dulu untuk meletakkan bagasi dan makan sarapan sebelum memulakan aktiviti hari pertama di sekitar bandar Perth. Yay!
Oh lupa pula nak bagitau, kami pergi minggu akhir bulan Ogos. Jadi, waktu tu adalah musim sejuk (winter) nak masuk ke musim bunga (spring). Orang kata memang cuaca sedang-sedang eloklah time tu! Walaupun dah penghujung winter, tetap sejuk ya ampun. Bayangkan waktu pepagi buta kami sampai di Perth tu, suhu mencecah 8`Celcius. Memang menggigil lutut sis! Tapi, dalam pukul 9.00-10.00 pagi tu, cuaca dah ok dan mencecah belasan darjah celcius. Tetap sejuk hokayy suhu macam suhu aircond tapi matahari kemain bersinar. Konfius tau. HAHA.
KINGS PARK & BOTANIC GARDEN
Hari pertama, kami dibawa pusing-pusing di tempat-tempat menarik sekitar bandar Perth. Ala ala sesantai je dulu lah. First stop kami, Kings Park iaitu taman yang maha famous di Perth. Terkenal dengan koleksi flora serta bunga-bungaan yang cantik, Kings Park juga selalu dijadikan tempat berpiknik, bersiar-siar dan rekreasi, dan tempat persembahan kebudayaan Western Australia. Kings Park adalah antara kategori taman dalam bandar yang terbesar di dunia, dan dilawati oleh 6 juta orang setiap tahun. Woahh!
Banyak bunga jenis kecik-kecik macam dalam potpourri tu |
Pastel flowers is love! |
Awhhh macam bunga dalam buku fairytale |
Apa yang menarik sekali adalah, dari Kings Park ni korang boleh nampak pemandangan bandar Perth yang dikelilingi Swan River yang kebiru-biruan. Memang cantik dan menenangkan fikiran!
Ada juga taman botani di Kings Park ni tapi sis tak explore sangat. Sebab di sekitar Kings Park ni pun dah banyak tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok besar, dan bunga-bunga indah yang boleh kita lihat.
Family photos sempena pagi raya AidilAdha |
Romantika bersama encik suami |
Taman diorang ni memang bersih, siap boleh terbaring tergolek atas rumput. Huhu.
BLUE BOAT HOUSE
Tak jauh dari Kings Park, terletak lagi satu ikon Perth iaitu Blue Boat House. Rumah biru yang paling terkenal sekali dalam dunia ni. Senang kata, selagi korang tak jumpa rumah biru ni, maknanya belum sampai Perth lagi. Dia sebenarnya stor untuk simpan bot-bot yang biasa kita nampak dekat sungai, laut, tasik tu. Stor yang berbentuk rumah gitu. Tapi, yang uniknya Blue Boat House ni seketul je di tengah sungai, di tepi jalan raya yang sibuk. Korang kalau datang, hati-hati lah melintas.
Mula-mula sebelum pergi, sis bayangkan Blue Boat House ni terletak di tepi pantai. Kengkonon macam deretan stor bot di atas darat/pasir lah. Rupanya, jauh berbeza dengan imaginasi sis! Blue Boat House ni bukan duk atas darat, tapi di tengah laut. (Eh tak tau lah laut ke sungai ni. Sebab omputih panggil river. Tapi sis tengok saiz luas dan besar dah macam laut).
Waktu kami datang tu pagi lagi, dalam pukul 10 camtu. So, orang pun tak ramai lagi. Nak bergambar tak perlu nak beratur bertunggu lama. Yelah, titinya satu je menuju ke Blue Boat House tu. Bayangkan lah kalau orang ramai datang pada satu masa serentak. Tak ke haruuu nak berderet beratur tunggu turn atas titi tu sebab nak bergambar kat seketul rumah biru tu? HAHA.
ELIZABETH QUAY
Perjalanan diteruskan ke Elizabeth Quay yang terletak di kawasan pusat perniagaan & projek pembangunan Perth. Ada pelbagai bangunan pejabat dan tempat-tempat makan di sekitar situ. Elizabeth Quay ni sebagai tempat tarikan pelancong untuk bersiar-siar dan berekreasi juga sambil melihat keindahan bandar Perth.
RESTORAN CHARCOAL CHICKEN (DIANIELLA)
Jalan pun dah banyak, solat pun dah settle, perut pun dah lapar. Maka jommm kita makan di Charcoal Chicken. Restoran halal yang wajib korang cuba jika ke Perth. Terus terang, tak susah pun untuk cari makanan halal di Perth, sebab ramai je muslim di sini Alhamdulillah :)
Charcoal Chicken ni menyediakan makanan western tapi ada nasi jugak. So, yang berperut Melayu seperti sis, jangan bimbang gais. Hehe. Nama restoran je chicken, tapi sebenarnya ada je selain chicken kat sini. Sweet BBQ Lamb Ribs dia memang terbaikkkkk! Salad fresh, nasi lembut dan portion banyak, ayam pedas-pedas sikit, coleslaw sedap. Adoii lapar pulak sis bila teringat. Kesimpulannya, memang sangat sangat berpuas hati lah. Siap boleh bungkus bawak balik homestay lagi. Huhu.
**Selesai DAY 1 #CutiCutiPerth. Berehat di homestay untuk perjalanan esok!
2 comments
bila baca cerita pegi Perth selalu rasa ada feeling sentimental. hehe rinduu. ritu pegi kat Kings Park tu pegi observatory je tak pusing pun taman. dah nak balik Malaysia time tu kalut2 pegi amek gambar ngeh2..
ReplyDeleteTu la..seronok kan suasana Perth? Tenanggg je kat situ. Tak sesak macam Melbourne/Sydney..hehe
Delete