REVIEW K FRY URBAN KOREAN, IOI CITY MALL PUTRAJAYA

By FARAA MUSA - September 27, 2018

Anyeonghaseyo! Izinkan sis memegang watak gadis K-pop pada kali ini, sempena nak review restoran K Fry Urban Korean. Haha. Siapa yang tak tahu, K Fry adalah restoran hidangan Korea moden dan terkini. Ok actually sis pernah makan di K Fry ni sebanyak 3 kali dah. Dan di setiap kali sis pergi, sis order menu berlainan. Untuk memudahkan sis nak buat perbandingan menu dan rasa, demi korang. Ecewwahh!


LOKASI

Setakat yang sis tau, ada 3 cawangan k Fry di seluruh Malaysia. Iaitu di IOI City Mall Putrajaya, Holiday Villa Johor Bahru & One Utama Petaling Jaya. Sis hanya pernah pergi di IOI Putrajaya tu lah sebab itu yang terdekat dengan rumah sis. Bagi sesiapa yang nak mencuba di IOI, K Fry terletak di tingkat G, lot kedai hujung sekali (berdekatan dengan pintu Entrance tempat orang selalu tunggu Grab). Area Guardian & Padini.

WAKTU OPERASI

Mula dibuka pukul 11.30 pagi, ditutup pukul 10.30 malam. Waktu puncak dan sesak adalah dari mula restoran dibuka, hingga sekitar pukul 3 petang. Manakala waktu puncak ntuk malam, sis tak tahu bila dan macam mana keadaanya sebab tak pernah pergi makan di mall pada waktu malam.


**Tips : Elakkan datang waktu puncak. Melainkan korang sejenis sabar untuk beratur melingkar di luar restoran sementara tunggu pelanggan di dalam habis makan. Tapi sekarang dah ada sistem nombor macam kat klinik dan bank tu. Haha. Korang sampai je, ambik nombor di depan kaunter dulu siap-siap. Pastu kalau agak-agak ramai dan lama lagi nak tunggu turn korang, pergi lah jenjalan shopping dulu di sekitar tu. Jangan sampai terlepas nombor pulak, sebab kalau korang takde kat situ time nombor dipanggil, K Fry akan bagi orang lain dulu masuk. Haaaa dah korang kena melanguk lagi sekali. Lama-lama, perut pun merajuk kelaparan!


**Tips : Ada lagi satu alternatif kalau korang taknak beratur atau tunggu giliran sebelum makan di K Fry. Book for reservation. Book awal dalam 4-3 hari sebelum ye. Senang je. Tak perlu whatsapp, tak perlu call. PM je FB K Fry. Klik sini. (Btw ni link untuk K Fry IOI Mall Putrajaya saja tau)

MENU

Ada bermacam modern Korean food ada di sini. Tapi basically bertemakan ayam, cheese, sayur, nasi, ramen, kepedasan dan kehangatan. Huhu. Agak susah sis nak explain. Tapi bagi yang dah biasa dan gemarkan Korean food, faham lah kot. Nah sis kongsikan menu-menu yang ada.

SEMUA GAMBAR MENU DI BAWAH INI ADALAH DARI : Miss Dae (credit)





Jangan terkejut tengok harga dulu ye anak-anak. Sesungguhnya portion bagi setiap hidangan agak besar dan banyak bagi sis. Setakat sis dah pergi 3 kali ni, memang kompem bungkus bawak balik sebab berlebih dan tak terdaya nak habiskan time tu.

**Tips : Better pergi ke K Fry secara berjemaah, sekurang-kurangnya 3-4 orang. First, sebab boleh jimat sharing cost. Second, sebab memang portion dia banyakkk dan berbaloi! Jangan ikut nafsu perut nak order banyak sangat menu, nanti membazir gais.

MENU APA YANG WAJIB TRY?

Ok ini hanyalah review sis setakat beberapa menu yang sis telah cuba dan rasa tau. Please take note that selera orang; lain-lain. Apa yang sedap bagi sis mungkin tidak bagi korang, dan apa yang sedap bagi korang mungkin tidak bagi sis. Gituwww.

1) Cheesy Fried Chicken Bumbuk

Baca nama pun dah boleh agak; yang menu ni adalah gabungan antara ayam goreng Korea & cheese. So, ayam dia ada 3 flavour. Original, spicy, dan honey mustard. Manakala bab cheese leleh dan fries as side dish adalah sama sahaja untuk ketiga-tiga flavour ini. Sis pernah rasa spicy  cheesy chicken bumbuk je.


Menu ni adalah best-seller K Fry, dan paling viral sekali. Boleh dikatakan setiap meja customer di restoran ni, semuanya order chicken bumbuk ni. K Fry mulai viral di media sosial, bila ramai orang post video bagaimana pekerja mereka mencairkan cheese dan menghasilkan gulungan ayam ber-cheese secara live di depan meja pelanggan. Woahhh memang boleh buat korang telan air liur!

River of cheese. Hancur diet kelaut.

Tarik jangan tak tarik!
Disebabkan sis takut akan rasa muak bila makan ayam digulung cheese, maka sis pun order lah flavour K'razy Spicy tu. Kengkonon nak rasa pedas sikit. Suprisingly, bukan pedas sikittt ye, tapi pedas banyak! Memang macam nama dia -- K'razy!.  Walaupun ayam tu dah bersalut cheese. So, sis tak tahu lah macam mana yang boleh makan ayam spicy Korea tanpa sebarang salutan tu. Korang memang power!

Sebelum proses menyalut cheese bermula


2) Anchovies Tuna Rice Ball

Ok untuk korang yang sejenis tak boleh hidup kalau tak makan nasi, jangan risau. Ada 2 jenis bentuk nasi yang korang boleh order kat sini. Satu, berbentuk rice balls. Dan kedua, bokkeumbap (atau sis panggil nasi goreng je). Memasing ada 2 flavour je. Dan kedua-dua menu nasi ni, konsep dia --  nasi bercampur gaul dengan lauk.

Nampak kecik, tapi cepat kenyang. Sebab beras dia macam berkanji/sushi tu.

Untuk rice balls, sis order Anchovies & Tuna. Nasi kat tengah-tengah, dikelilingi seaweed, ikan bilis rangup, ikan tuna fresh, dan telur ikan salmon yang juga rangup. Serius sedap dan berbunyi krupp krapp bila kau kunyah rice balls tu. Memang tak membosankan mahupun memuakkan!


Semua benda ni diletakkan dalam satu mangkuk, dan pekerja akan campur-gaulkan kesemuanya untuk kita. Dan elok sebati dalam mangkuk tu, pekerja akan bulat-bulatkan membentuk bebola nasi live depan mata kita. (Ada sarung tangan la weh).





3) K Fry Chicken Wings

Ayam goreng tersangatlah sinonim dengan restoran Korea di Malaysia kan. 4Fingers, Kyo Chon, you name it. Diorang punya ayam goreng, konsepnya crispy di luar, juicy di dalam. Memang sedap sangat! Basically ada 4 flavour ayam goreng di K Fry ni. Tapi yang famous dan selalu orang order -- Garlic Soya & Yangnyeom.




Walaupun chicken wings, tapi portion dia sesuai untuk dikongsi 2-3 orang (bergantung pada kantung perut korang memasing). Sis pernah order flavour Spicy ya ampunnn mak datokkk pedas gila sambil makan sambil menangis. Dah lah tak habis makan di restoran, bungkus bawak balik sambung menangis di rumah.

4) Bingsoo

Bingsoo ni sejenis dessert atau kita panggil pencuci mulut. Ala ala Ais Batu Campur (ABC) kita, tapi Bingsoo is much more healthier sebab hanya menggunakan buah-buahan. Di K Fry, ada 3 pilihan flavour bingsoo iaitu Mango, Melon & Watermelon.


Sis pernah merasa Mango Bingsoo, dan memang sangat-sangat menyegarkan dan sedap! Isi buah mangga yang diletakkan memang besor-besor tak kedekut okeh. Ice shave dia pulak sejenis halussss, tak menyakitkan tekak nak telan. Dan, bukan semata-mata ice shave kosong, tapi rasanya creamy macam ice-cream vanila. Terus cair di dalam mulut! Memang puas hati dan lepas ni nak try order flavour Melon pulak.

Ada kepingan almond dan mango syrup juga. Bila dah blend semua, memang nyummy!

TOTAL REVIEW

Overall, sis sangat-sangat recommend korang untuk menjamu selera di K Fry. Sekali sekala tukar lidah Korea pulak, takde lah boring kan. Rasa makanan diorang pun takde lah pelik sangat sampai tak boleh diterima perut Melayu. Ada je ayam goreng dan nasi. So kalau bawak parents pun ok je. Sis cadangkan korang yang nak datang ke K Fry, sila datang berjemaah sebab majoriti menu-menu yang dihidangkan mempunyai portion yang agak besar, sesuai dinikmati 3 orang ke atas. Kalau tak, memang tak habis dan membazir. Unless kau memang sejenis perut Giant dan Doraemon.



Oh ya, takde benda yang perfect dalam dunia ni. Setiap restoran pasti ada pro and cons kan. Dan satu-satunya benda tak best di K Fry ada ialah -- waktu beratur & menunggu. Kalau korang tak rushing dan sanggup untuk beratur, silakan. Bila dah sampai turn kita, masih perlu menunggu order sampai di meja pula. Tapi takde lah lama sangat. Dalam 15-20 minit camtu. Depends pada menu yang korang order. TAPI, masalah tunggu-menunggu ni biasanya sewaktu peak hour. So, pepandai koranglah untuk ikut tips yang sis dah beritahu kat atas tu.

Onion Celup Tepung sesuai untuk makcik bawang

Ala-ala nasi goreng Korea. Agak cepat muak sebab beras berkanji, dan penuh rasa cheesy.

Lastly, antara menu yang sis dah pernah rasa dan boleh diterima perut ialah; Kimgaru Bokkeumbap (ala-ala nasi goreng), Nyangpa Blossom (onion goreng tepung), Dak Bulgogi Fries (tak order pun takpe kot sebab daging bulgogi tu sikit je, fries dia yang banyak gila tak terhabis nak makan), K Fry Spicy Wings (pedasss gilerrr siapa tak tahan pedas, jangan order plis). Kesimpulannya, kalau korang first timer nak try K Fry, better order 4 menu yang sis cadangkan kat atas tu je dulu ok. Selamat menjamu selera!

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Syoknyeee...nk kene pegi niii��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besttttt.. pergilah ajak reramai skali :)

      Delete
  2. Teringin nak try tapi masa pergi hari tu line dia panjang masya Allah. So, cancel je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang beratur panjang sokmo..lelagi kalau waktu puncak ataupun minggu gaji..huhu..kena booking awal kalau taknak beratur :)

      Delete
  3. Agak2 abis brpe klau cm sis order tu ..

    ReplyDelete
  4. hari ini pergi disebabkan ajakan adik tersayang.memang sedap.RM mengalir pun sedap la juga..hahha.habis rm165 makan 4 orang

    ReplyDelete
  5. Ayo Cobain Sensasi Bermain Promo Freechip Tanpa Deposit... Join Disini Sekarang Kumpulan Berbagai Macam Permainan Taruhan Online Terbaik, Kunjungi Website Kami Di Klik Disini dan Dapatkan Bonus Terbaru 8X 9X 10X win klik disini untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda dan Bonus Berlimpah.

    ReplyDelete

POPULAR POSTS