[HOTEL REVIEW] : MUSLIM CHALET LOT 235, MELAKA

By FARAA MUSA - July 22, 2018

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun tiada family day (belah suami), akhirnya tahun ini berjaya juga diadakan. Dan ini adalah pertama kali untuk kitorang join family day (belah suami) sejak berkahwin. Last family day dulu encik suami kata memang sebelum dia kahwin pun. Huhu. Dan ini adalah family day bagi adik-beradik dan keluarga sebelah ayah mertua sis, iaitu di Melaka. Yeayyy!

Selfie terakhir sebelum balik KL

Memandangkan majoriti adik beradik ayah mertua memang menetap di Melaka, dan sudah pun berusia, AJK Program decide untuk buat family day di mana-mana homestay/villa yang terletak dalam Melaka saja. Tak perlu jalan jauh-jauh, dan penat sepanjang perjalanan. Lagipun, Melaka memang dah best kan? Ok taknak buang masa, jom sis review homestay kitorang!

LOKASI

Waze : Lot 235, Muslim Chalet, Alai, Melaka. Lokasi berdekatan dengan Balai Polis Kandang. Overall, bab lokasi ni memang senang sangat nak cari, dan chalet nya berada di tepi jalan. Oh ya, Muslim Chalet ni nama je chalet, tapi sebenarnya lebih kepada homestay atau private villa sebenarnya. Selalunya bila kita dengar chalet, mesti kita terbayangkan pondok kayu gitu kan?

Muslim Chalet Lot 235

Antara kelebihan lokasi Muslim Chalet Lot 235 :
- 2 minit ke restoran berdekatan
- 5 minit ke Ikan Bakar Alai
- 5 minit ke Pantai Crystal Bay
- 10 minit ke bandar Melaka
- 15 minit ke Pantai Klebang
- 15 minit ke tol Ayer Keroh
- 45 minit ke Pantai Pengkalan Balak / Alor Gajah


BILIK

Di homestay ni ada 10 bilik kesemuanya, dan 1 kolam renang terletak bebetul di tengah-tengah rumah. So tak payah risau sebab semua bilik akan dapat pool view. Sebab memang semua bilik pun mengadap ke kolam renang. Bilik di tingkat atas ada beranda, bilik di tingkat bawah lagi lah best sebab bukak je pintu, memang boleh terus terjun pool!

Pool di tengah-tengah semua bilik. Gerammm!

8 bilik adalah medium space (queen bed), dan 2 bilik adalah large space (queen & single bed). Untuk yang large space tu, kedua-duanya terletak di tingkat bawah. Harga bilik adalah berbeza mengikut saiz (medium & large space).

Sis dapat bilik 9, bebetul depan tangga

Sis dan suami dapat bilik medium; dan di tingkat atas. Kite orang muda, bagi can lah kat mak-mak dan ayah-ayah untuk stay di tingkat bawah je. Kesian pulak nak kena naik tangga kan. Huhu. Homestay ni memang 2 tingkat aje, dan tak tinggi mana pun. Nak ke mana-mana bilik pun memang sebelah-sebelah je. Memang sesuai sangat kalau nak buat family day kat sini.

Encik suami dah tak sabar nak turun pool tu

Semasa check in, setiap penyewa bilik akan diberi 1 pouch kecik yang berisi 4 benda. Ada kunci bilik, remote air cond, remote tv, dan remote decoder channel. Sebelum check out, kena pastikan semua 4 benda ni mesti ada dan dalam keadaan yang baik. Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, tv, meja solek/bekerja, mini coffee table, tempat penyangkut baju, dan sejadah.

4 benda, jangan bagi hilang ye

Ececehh waktu baru sampai & check in

Jimat space ada tempat gantung baju gitu. Kalau letak almari, kompem makan ruang.

Pihak homestay sediakan towel jugak

Walaupun kitorang stay di bilik medium, tapi bilik adalah sangat selesa dan keadaan bilik teratur, membuatkan bilik tu nampak luas je. Tapi kalau untuk orang yang ada anak-anak, dinasihatkan bawak siap-siap kelengkapan toto dari rumah, untuk keselesaan keluarga. Oh ya, semua bilik ada attached toilet masing-masing, jadi tak perlu nak berkongsi bilik air & tunggu giliran beramai-ramai macam kat rumah kampung tu. Huhu. 

Toilet tak besar, tapi kebersihan tiptop!

FASILITI

Berikut adalah antara fasiliti yang disediakan di Muslim Chalet Lot 235 :

- Free parking space
- Ruang iron baju (setempat)
- Swimming pool 14x33 (4 kaki)
- Ruang makan di bawah kanopi
- Ruang mini gym (ada certain equipment sahaja) 
- Pelbagai ruang santai di pelbagai sudut kawasan homestay
- BBQ space untuk sesiapa yang booking lebih dari 6 bilik

Boleh parking kat dalam & luar. Banyak space.

Ruang kanopi tu kitorang bentang tikar, senang nak beramai-ramai.

Solat berjemaah & tahlil buat arwah keluarga

Selesai solat, terus program makannnnn!

Semua sabar menanti kambing BBQ

Ayam BBQ pun ada jugak

Lepas dah guna, pastikan kemas & bersihkan ye anak-anak :)


Ruang mini gym


Kolam & kanopi tempat makan dekat aje. Senang pantau anak-anak. Sesambil mandi, sesambil makan!

HARGA

Harga untuk bilik medium (queen bed) adalah RM140 per malam. Harga untuk bilik large (queen + single bed) adalah RM160 per malam. Dan harga kalau nak sewa keseluruhan homestay (10 bilik) adalah RM1,430. Kalau tanya sis, berbaloi ke idok? Berbaloi sesangat dengan fasiliti yang diberi! Swimming pool tu pun takde had masa. Tetengah malam korang nak berendam pun boleh uolss!

Waktu malam owner pasang fairy lights.
Cantik sangat!

Lepas sesi BBQ yang panas, semua pakat sejukkan diri dalam pool sebelum tido.

Kapasiti homestay ini boleh menampung seramai 25-42 orang sahaja. Memang sesuai sangat untuk dijadikan lokasi family day, tempat gathering bisnes, ataupun reunion.

Ada ruang di tepi bungalow, kitorang jadikan tempat sukaneka.

Game musang berjanggut utk warga emas :)

Yeayy ayah & ibu juara tempat pertama!

Rasanya kitorang dah terlebih kapasiti kot. Haha. Ni pun ada yang tak dapat join. Ramai bebenor family Batang Melaka ni :)

PERATURAN

Muslim Chalet ni sangat tegas dari segi peraturan, penjagaan harta benda & kebersihan. Tapi bagi sis, bagus juga pihak pengurusan homestay buat begini. Barulah rakyat Malaysia ni rasa bertanggungjawab sikit kan. Datang bercuti bukan sekadar bersuka-suka dan membuat sepah di tenpat orang, tapi perlu juga ada aktiviti gotong-royong pembersihan sesama keluarga selepas aktiviti dijalankan. 

Sebahagian peraturan Muslim Chalet

Overall, sis bagi 5/5 bintang untuk pihak Muslim Chalet Lot 235! Homestay nya masih baru dan cantik, suasana pun mendamaikan, fasiliti sangat memudahkan tetamu, dan segalanya sangat terbaik dan sesuai untuk semua golongan - dewasa & kanak-kanak. Semua orang happy!

Untuk booking, korang boleh ke Facebook Page Muslim Chalet Lot 235 .Tapi sis nak pesan ni, kalau nak booking memang kena awal sebab Muslim Chalet ni cepat penuh. Tak silap, kitorang terpaksa book awal tahun untuk dapatkan tarikh bulan Julai ni untuk family day. Selamat berjaya & selamat bercuti uolls!

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. swimming pool tu paling rasa tergoda. bestnyaaa dapat berkubang =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah tau takpeee..pergi memana memang tengok pool dulu..hehe :)

      Delete
  2. wahh... setiap bilik tu kira separate penyewa lah yer. elok sgt buat family day..

    ReplyDelete
  3. pergh besar juga ye..macam-macam kemudahan ada..sennag buat family day dekat sini..siap kanopi lagi

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. maaf ye, saya bukan owner homestay ni..saya sekadar menulis review je..encik/cik kena pm sendiri..semua butiran saya ada tulis kat post di atas :)

      Delete
  5. Salam sis..sya nak tnya.. bilik medium kalau 4 orang bentang toto tido kt bawah muat tak ?

    ReplyDelete

POPULAR POSTS