[KOREA] : DAY 2 - SHOPPING DI GAROSUGIL & SINSADONG (GANGNAM)

By FARAA MUSA - July 04, 2018

Anyyeonghaseyo! We are now on Day 2 of #SeoulSisterTrip, and we can't wait to explore moreeee! Akibat dari kepenatan dan kaki terkujat terlalu banyak sangat berjalan di hari pertama semalam, kitorang terus terbongkang di hotel malam tu sampai ke pagi. HAHAHA. Hari kedua #SeoulSisterTrip dimulakan agak lewat sedikit harini. Dah siap-siap isi perut breakfast dengan roti, tuna mayonis, sambal garing Che Nor & te'o panas gituh! (Dengan harapan badan tak mudah semput lah kononnya).

Street OOTD everywhere in Gangnam

Hari kedua ni kitorang decide untuk explore bandar baru yang tak pernah pergi iaitu; Garosugil & Sinsadong. Kedua-dua bandar ni terletak di Gangnam. Pernah dengar lagu Oppa Gangnam Style yang pernah viral satu masa dulu? Haaa kat situ lah sis dan adik nak tuju harini.

Lubuk skincare & coffee shop 

Ada apa yang menarik kat situ? Sebuah bandar moden yang dipenuhi dengan kedai skincare, coffee shop, dan bangunan yang cantik-cantik. Oh ya, nanti sis buat post khas tentang #SeoulCafeTour kitorang sepanjang di Seoul. Yang pasti, halal dinikmati dan cantik untuk OOTD ;) Antara kedai-kedai yang popular yang sempat kami pergi  di situ; Innisfree, Tony Moly, Deceim, Dr. Jart, Olive Young, ABC Mart.

Shop deco & interior game so strong here in Korea

First destination; Olive Young. Olive Young ni ala-ala Watsons atau Guardian la kalau kat Malaysia. Dia macam satu kedai, yang mengumpulkan dan menjual pelbagai produk skincare, kosmetik, dan penjagaan diri dari pelbagai brand lain. Ada produk Maybelline, Loreal, Revlon, Freeman, Avene, Cetaphil semua tu. Cumanya kat sini, tak banyak sangat produk barat tu. Diorang mengutamakan dan berbangga dengan produk Korea mereka. Lagipun, memang skincare Korea jauh lebih bagus, selamat dan berkesan berbanding skincare dari negara barat.


Ala ala Watsons, tapi Olive Young banyak produk & brand skincare Korea!

Antara brand Korean skincare yang ada dalam Olive Young ni; Neogen, Dr. Jart, Peripera, Tony Moly, Skinfood, Nature Republic, The Face Shop, 3CE, Etude House, Laneige, Son & Park. Harga kebanyakan barang adalah sama saja dengan harga dibeli direct di butik asal. Dan kalau untung, kekadang boleh dapat lagi murah di Olive Young. Sebab macam Watsons jugak, diorang selalu ada buat promosi dan diskaun. Kebetulan waktu kitorang pergi haritu, memang tengah ada sale akhir bulan Jun hingga awal bulan Julai.

Sempat borong kasut FILA & NIKE. Berbaloi!

Lepas dah belek-belek dan banding harga barang di Olive Young, kitorang pergi pula ke ABC Mart. Kedai kasut besar yang menjual pelbagai vendor/brand kasut di bawah satu bumbung. Macam Al-Ikhsan la. Adidas, Nike, Fila, Converse, dan macam-macam lagi. Kalau korang berpeluang datang ke sini, jangan lupa beli! Sebab harga kasut-kasut diorang memang sangat murah berbanding harga yang dijual di Malaysia. Kasut original berharga RM800-RM1000, boleh dapat RM300-RM500 sahaja di sini. Tak pasti kenapa boleh jadi macam tu. Maybe disebabkan duit ringgit kita agak rendah kot. Tu yang diorang kena jual mahal kalau kat Malaysia. Huhu.


Bear besar di pintu depan kedai LINE

Dah penat bershopping (penat ke?), kitorang decide nak berehat jap kat coffee shop berdekatan. Singgah sebentar di LINE Friends Store & Cafe. Pernah dengar apps LINE yang warna hijau tu? Haaaa, betul lah tu. Apps tu sangat popular di Korea, siap ada rangkaian Cafe & Store lagi tau. Sebenarnya LINE ni jadi popular disebabkan emoji-emoji yang terdapat dalam aplikasi ni sentiasa ada rekaan baru, dan juga direka oleh kumpulan K-pop kesayangan alam; BTS.

They call him as Mr. BROWN

Sis pun tak kenal mendalam sangat tentang kumpulan BTS ni. Cuma selalu dengar lagu diorang je. Emoji yang paling utama dan terkenal dalam LINE ni, teddy bear besar berwarna coklat. Setiap emoji LINE ni diberi nama-nama khas, hinggakan pelbagai barangan bertemakan LINE ada dijual di kedai ni. Dari barangan stationery, anak patung, keychain, botol air, dan juga makanan di cafe mereka!





Next, perjalanan kami diteruskan lagi ke kedai-kedai yang ada di sepanjang jalan di Garosugil. Mana-mana kedai menarik yang kitorang ternampak, kitorang masuk je. Kalau tak membeli pun, kitorang berhenti bergambar. Sesantai je, takde nak stress bagai. Sempat juga sis menerjah ke Deceim store, syarikat yang menjual produk skincare yang tengah viral sekarang ni iaitu; brand The Ordinary. Harga memang jauh lebih murah berbanding harga yang dijual di instagram kat Malaysia tu. Kedai skincare terakhir yang kami singgah, Dr. Jart. Sis tak beli dan tak pernah pakai sebelum ni. Tapi adik sis kata memang bagus produk nya. So, kita layankan aje.

The Ordinary murah betul kat sini


Dr. Jart bawa konsep minimalism tapi bab harga maksimal menangis poket

Everything must look cute & yummy. Product's presentation and packaging on point! Ni fask mask je btw.

Sebelum balik ke hotel, kitorang decide untuk makan malam terlebih dahulu di restoran The Halal Guys cawangan Gangnam. 

Sedap dan pedasss. More info untuk halal food, next post k!


Kesimpulannya, bandar Gangnam memang sangat cantik, moden, seronok untuk dilawati dan sesuai untuk aktiviti bershopping selain daripada Myeongdong. Lubuk skincare lah senang citer! ;)

**Selesai #SeoulSisterTrip Day 2 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

POPULAR POSTS