[HOTEL REVIEW] : MILE 36 LODGE, KUNDASANG SABAH

By FARAA MUSA - July 26, 2018

Sejak sis up gambar selfie berlatarbelakang kan Gunung Kinabalu di instagram Faraa Musa tempoh hari, menderu-deruuu orang DM bertanyakan tentang lokasi penginapan sis ketika di Kundasang. Terus-terang, ada juga beberapa homestay dan hotel lain di Kundasang yang mempunyai pemandangan Gunung Kinabalu. Dan blogpost kali ini sekadar perkongsian dari pengalaman sis sendiri sahaja. Apa yang pasti, kalau mahukan percutian yang indah dan menarik, memang kita perlu berusaha untuk 'study' terlebih dahulu tentang destinasi yang ingin dituju. Mana tahu, kot kot perkongsian sis ni dapat membantu percutian korang ke. Kan? :)

Gambar di instagram sis


LOKASI

Penginapan sis ketika di Kundasang ialah Mile 36 Lodge. Dah namanya 'lodge'; maksudnya ala-ala macam pondok chalet, atau kabin kayu. Terletak di Mile 36, Kundasang, ianya merupakan antara tempat penginapan tumpuan pelancong kerana berdekatan dengan Taman Kinabalu (1.5km), dan Desa Cattle Dairy Farm (8km). Jimat masa, jimat minyak kereta, jimat tenaga!

Pintu masuk ke parking Mile 36 Lodge


Desa Cattle Dairy Farm


JENIS-JENIS BILIK

Mile 36 Lodge mempunyai 8 jenis bangunan bilik chalet dengan pelbagai saiz, ciri-ciri dan kelebihan masing-masing. Antaranya ialah Fado, Easy Valley, Chin's Bungalow, Begonia, Old Long House, Willie's Cottage, Willie's Guest House, dan Liz Residence. Kesemuanya adalah bangunan-bangunan kecil yang berbeza. Sis rasa, mungkin owner dia bina bangunan-bangunan ini mengikut modal yang ada. Bila untung semasa bertambah, owner akan menambah lagi bangunan serta bilik yang baru. Sebab tu ada bangunan kayu yang nampak lama (tapi masih kukuh dan cantik), dan ada bangunan yang nampak baru serta dibina dari konkrit. Tak rugi bisnes homestay penginapan ni, sebab permintaan memang akan sentiasa ada selagi Gunung Kinabalu tu wujud. Hehe.

Cecilia Lodge

Fado Lodge


Mile 36 Lodge yang dipenuhi dengan tanaman dan bunga-bungaan di sekelilingnya, membuatkan tetamu sentiasa rasa nyaman, tenang dan riang gembira. Cuaca kat sini sejuk tau! Antara 18-25 darjah celcius. Sebab tu bilik-bilik di sini tidak mempunyai penghawa dingin. Waktu malam, memang kompem mencari sweater dan selimut untuk berselubung. 

Udara & suasana menyamankan

Sis memilih untuk menginap di bilik Begonia Lodge (tingkat atas), kerana ada balkoni untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu dengan lebih jelas.

Begonia Lodge; perlu berjalan kaki sedikit dari reception. Tapi view berbaloi!

Ruang depan lodge

Bilik berkatil Queen, tanpa air cond tau! Tapi sejuk gilaaaa.

Ruang balkoni bilik


Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu... 


Bukti bilik kami berlatarbelakang kan Gunung Kinabalu :P

FASILITI

Mile 36 Lodge menyediakan ruang laman yang luas dan besar. Selain dari dijadikan sebagai tempat parking kereta percuma, tetamu juga bebas untuk bersiar-siar di sekitar chalet, dan bergambar. Pemandangan bukan biasa-biasa pulak tu! Keluar je dari pintu pagar, dah boleh nampak Gunung Kinabalu dari tengah jalan. 

Waktu pagi, kereta pun belum banyak lagi.

Zoom sikit Mount Kinabalu

Dah ambil gambar, mesti nak update media sosial kan? Jangan gusar jangan bimbang takde line internet dan sebagainya. Sebab tetamu boleh dapatkan password wi-fi dari bilik reception. Kat sini juga ada menjual makanan-makanan ringan, minuman, serta barangan keperluan diri seperti berus gigi dan ubat gigi.

Comel je bilik reception

Macam-macam hado

Bab makan pula, jangan risau untuk perlu berjalan jauh untuk mencarinya. Kerana di sini ada Ricky's Cafe. Sis dan suami ambil pakej bersarapan sekali di situ. Jangan risau, restoran atau cafe ini mesra Muslim. They does not serve pork, or consume pork. Senang, pagi-pagi turun bilik, jalan-jalan sikit dah boleh isi perut sambil boleh menikmati pemandangan. Haihh sini memang semuanya cantik lahhh! Penuh dengan alam sekitar semulajadi gituhhh.

Ruang makan luar


Ruang makan dalam. Tapi still nampak alam semulajadi.

Selain itu, terdapat banyak tempat-tempat tumpuan menarik yang dekat dan mudah diakses dari Mile 36 Lodge. Antaranya : Taman Kinabalu (1.5 km), Desa Dairy Farm (8 km), Kundasang War Memorial, Pekan Kundasang (5 km), Masilau Nature Park (13 km), Pekan Ranau (30 minit), Fish Spa, Sabah Tea, dan Ranau Poring Hot Spring (50 minit). 

HARGA

Harga bilik penginapan di Mile 36 Lodge adalah berbeza mengikut pilihan bangunan/bilik chalet yang tetamu pilih. Harga bermula dari RM 140 hingga RM 300 semalam. Kesemuanya telah termasuk sarapan, kecuali untuk bangunan yang lebih besar atau persendirian keluarga seperti Bungalow atau Cottage. Untuk bangunan chalet besar ini, pihak pengurusan ada sediakan peralatan BBQ, serta mempunyai dapur sendiri untuk memasak.

Laman web Mile 36 Lodge lengkap semuanya

Sebarang tempahan bilik boleh dibuat sama ada melalui panggilan telefon, atau email mile36lodge@gmail.com. Untuk info lanjut, boleh terus pergi ke laman web Mile 36 Lodge dan lihat sendiri pakej bilik yang disediakan dan nombor telefon.

Tak pasti pulak yang ini jenis lodge yang mana.

Tangga nak ke lodge kami.

Overall, sis memang sangat sangat sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang Mile 36 Lodge berikan sepanjang penginapan kami di Kundasang. View cantik, suasana nyaman, cuaca sejuk, pekerja mesra pelanggan. Totally recommended dan sis bagi 10/10 bintang!!!

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. cantik permandangan dari balkoni. memang sesuai nak bertenang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..memang subhanallah sangat view nya.. :)

      Delete
  2. Bestnya, boleh la suggest tmpt ni kt bf hehe

    ReplyDelete
  3. cantik pemandangan belakang tu..chalet dia pun cantik..boleh masuk list ni kot kalau nak pergi ke sini

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Takde..tapi kitorang guna apps utk cari arah kiblat.

      Delete
  5. salam. untuk setiap bilik ada tandas or tandas semua kat luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Untuk bilik yang saya menginap ni, tandas di dalam bilik tidur.

      Delete
  6. Nice sharing.. Banyak gambar menarik mesti seronok ni.. Boleh dah masuk dalam list ni

    ReplyDelete

POPULAR POSTS