[KOREA] : ITINERARY RINGKAS SEOUL 5HARI 4MALAM

By FARAA MUSA - July 06, 2018



Day 1 :
Ambil flight pada waktu malam (1.00 pagi), untuk sampai ke Incheon Airport pada waktu pagi (flight kitorang arrive 8.35 pagi). So, jimat hari untuk explore Seoul!

* Naik AREX Express Train dari airport direct terus ke Seoul Station. Perjalanan hampir 40 minit Incheon-Seoul. Tiket express train boleh book awal-awal dari Malaysia melalui website Klook (https://www.klook.com/)

* Tiba di Seoul Station, sebelum memulakan pengembaraan explore Seoul. Boleh decide sama ada nak sewa locker untuk letak luggage, ataupun nak ambil baggage delivery service terus ke hotel anda. Servis ini pun boleh di book awal-awal dari Malaysia menggunakan website Klook. Tapi since kitorang dah terlambat untuk book haritu, ada je kaunter baggage delivery service disediakan di Seoul Station tu. Harga servis bergantung pada saiz luggage anda, boleh ukur di kaunter tersebut. Selesai isi details alamat hotel, terus bayar dan segalanya settle! Boleh berjalan dengan aman tanpa perlu memikirkan luggage :)

* Next, terus ke Seoul City Hall.
* Gyeongbokgung Palace. (boleh sewa hanbok untuk bergambar di sini jika mahu)
* Myeongdong (Olive Young, Innisfree, Missha, Stylenanda Pink Hotel, ALand, Kakao Talk, Lush)
* Check in di PJ Hotel Myeongdong.

Day 2 :

* Shopping barangan skincare & kasut di Garosu-gil & Sinsa yang terletak di Gangnam. 
(Innisfree, Dr. Jart, Deceim - The Ordinary, ABC Mart, Tony Moly, etc.)
* Berehat & bergambar di LINE Store & Cafe sebelum sambung berjalan lagi di sekitar Gangnam.
* Dinner di The Halal Guys branch Gangnam sebelum pulang berehat ke hotel.

Day 3 :

* Memakai hanbok dan bergambar di sekitar Bukchon Hanok Village.
* Explore bandar Samcheongdong, dan singgah ke Luden Loquen Space (LN Cafe) yang sangat cantik.
* Menaiki subway ke Ewha Womans University. Kalau nak shopping, sesuai dan agak murah di sini sebab harga student uni.
* Menaiki bas ke Namsan Tower. Jangan lupa mendaki bukit dengan penuh semangat, hingga sampai ke puncak. Pemandangan bandar Seoul dari atas sangat indah! Boleh singgah bergambar di Love Locks Bridge yang femes tu. Free aje.
* Dinner di Restoran Kampungku sebelum pulang ke hotel. Pelbagai pilihan menu Malaysia, dan juga menu Korea yang halal.

Day 4 :

* Menaiki subway ke bandar Hongdae untuk berjalan-jalan dan bergambar di deretan butik kosmetik & coffee shop di sana.
* Next, ke Dongdaemun Design Plaza & Cheonggtechon stream.
* Menaiki bas ke Coex Mall, yang mempunyai Starfield Library. Perpustakaan gergasi yang sangat menakjubkan di tengah-tengah mall. Boleh juga bershopping terakhir di ALand yang sangat besar (pakaian, stationery, handbag, skincare, perkakas rumah, aksesori).
* Singgah ke SM Town bagi peminat K-pop pasti teruja. Ada pelbagai pameran, kedai merchandise, dan segalanya berkaitan dengan artis k-pop di bawah  naungan SM Entertainment.
* Hilangkan dahaga basahkan tekak sebentar di Joe & The Juice (Bahagian luar Coex Mall).
* Dinner di Yang Good Halal BBQ Lamb Restaurant sebelum pulang ke hotel.

Day 5 :

* Kitorang terus book baggage delivery service dari hotel - Incheon airport haritu. So, by 9 am semua luggage mesti dah siap ada di lobby untuk dihantar tiba ke airport sebelum jadual penerbangan. Efisien dan sangat memudahkan tourists!
* Breakfast siap-siap di hotel sebelum check out. Semua stok makanan yang dibawa dari Malaysia seperti roti, tuna, Brahim's instant food, maggi, perlu dihabiskan sebaik mungkin. Huhu.
* Check out awal iaitu pukul 11 pagi, sebab risau terlambat untuk sampai ke airport. Biar sampai awal, jangan terlewat sampai kaunter Air Asia tutup. Maklumlah, bila naik public transport ni, kita risau takut hal-hal mendatang dan masalah mengejut di tengah jalan kan.
* Dari hotel terus ambil subway ke Seoul Station. Then, terus menaiki express train direct ke airport macam haritu. (Tiket express train kitorang dah book dan beli sesiap dari Malaysia).
* Sampai di Incheon airport, terus cari kaunter untuk tuntut luggage kitorang yang telah staff delivery dari hotel pagi tadi. Settle, baru boleh buat baggage drop di kaunter Air Asia. 

(Oh ya, make sure korang buat web check in di website Air Asia awal-awal sebelum perjalanan balik ya. Sebab haritu barisan untuk check in beg saja terrrrrrrrrlalu panjang. Nasib baik sis sempat buat web check in malam sebelum flight tu. Cuma perlu ke kaunter baggage drop je. Sekejap sangat!)

* Sebelum balik ke Malaysia, nak jugalah isi perut kali terakhir di Korea ni kan. Ada satuuuuuu je restoran halal di sini. Tapi lepas dah check imigresen kastam bagai tu lah. Bebetul dekat tempat depan gate penerbangan. Cari Nimat Halal Korean Cuisine. Dia dalam foodcourt ye. Order di cashier, pastu tunggu je makanan siap dari tempat duduk. Kalau order korang dah siap, alat alert (apebende entah tapi ala yg macam benda bulat selalu dapat kalau ke restoran korea tu lah, utk inform menu dah siap tu) korang akan vibrate. 

Kenyang perut suka hati boleh tido dalam flight nanti. Sekian #SeoulSisterTrip kali ini. See you soon Korea!

--------------------------------------------------------
**note : semua pergerakan sepanjang #SeoulSisterTrip kami menaiki public transport sahaja tanpa tourist guide. Subway train, bas, dan teksi depends pada keadaan cuaca & tahap kepenatan kami. Huhu.

**note : untuk itinerary yang lebih details dan best, boleh baca itinerary day by day di SINIIIIIIIIII 

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Replies
    1. Hai! Disebabkan trip kali ni sis pergi berdua je dengan adik perempuan, ayah minta kami stay kat proper hotel. sebab risau safety kitorang berdua je pempuan. So, ko memang tinggi sikit. Flight pergi balik KL-Seoul-KL & hotel penginapan 4 malam cost us RM1500, pastu utk transport + makan + shopping sikit2 untuk 5 hari tu sis tukar duit RM1000 je. Total, RM2500 lebih kurang. Kalau awak nak lagi jimat, boleh stay hostel :)

      Delete
    2. sis ada contact num? saya noob teruk, nak tanya macam2.. huhu.. but first, bajet 5k untuk 2 orang ckup ke.

      Delete
    3. 2.5 k per head or utk 2 orang?

      Delete
  2. Hi Fara! Your itenenary for 5 days in Korea is very fun. Many new experiences that you meet there. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. Theapartmentsumalas.com

    ReplyDelete

POPULAR POSTS