[KOREA] : DAY 4 - HONGDAE, DONGDAEMUN & GANGNAM
By FARAA MUSA - July 06, 2018
Anyyeonghaseyo! So it's day 4 of #SeoulSisterTrip, and today is the last day to shopping. Sebab esok dah nak fly balik Malaysia, so malam ni dah kena sesiap packing luggage. Tapi rasanya takde ape sangat nak shopping dah kot sebab kitorang dah masukkan aktiviti shopping pada hari pertama dan kedua (Myeongdong & Gangnam). Hari terakhir di Seoul, jom kita jenjalan santai! :)
Pepagi tu kitorang dah gerak ke bandar Hongdae. Hongdae ni terkenal dengan nightlife & street shop, memandangkan situ adalah kawasan ramai orang muda-mudi & student Universiti Hongik. Waktu kitorang sampai di Hongdae, suasana pagi agak kotor dan banyak juga sampah sarap 'hasil' dari aktiviti mereka di malam hari. Terkezuttt juga sis dibuat nya dengan keadaan yang macam tu. Maklumlah, kite dah biasa tengok Korea yang bersih, rupanya ada juga kawasan yang normal je macam Malaysia. HAHA.
Sis dan adik sekadar berjalan di sekitar jalan, kedai-kedai butik, dan buat aktiviti bergambar OOTD, sementara semuanya masih belum dibuka. Target adik sis sebenarnya cuma nak pergi ke BlackPink Square & cawangan Peripera di situ.
Staff Peripera terpaksa buka kedai awal pagi tu, sebab sis dah terpacak depan pintu |
Etude House masih tutup |
Next, kami terus ke Dongdaemun Design Plaza (DDP) dengan menaiki subway train. DDP adalah ikon bandar urban yang sedang membangun dan maju di bandar Dongdaemun. Konsep reka bentuk bangunan plaza nya adalah neofuturistik, dan struktur bangunan yang melengkung. Tudiaaa kemain ayat google! HAHA. Yang pasti, DDP adalah mercu tanda pusat fesyen serta destinasi pelancongan yang popular di Dongdaemun.
Next, kitorang naik bas untuk ke Coex Mall yang terletak di bandar Gangnam. Bukan untuk shopping ye anak-anak, tapi untuk pergi ke perpustakaan terbesar dalam mall tu; iaitu Starfield Library. Bayangkan, tetengah berjalan dalam shopping mall, tetiba ada gigantic public library rak buku bertingkat-tingkat siap ada escalator untuk ambil buku okeh! Untuk pencinta buku macam sis, boleh meroyan tak sedar diri kejap.
Keluar dari Coex Mall, ternampak pulak SM Town iaitu sebuah pusat pameran khas artis-artis K-pop yang berada di bawah syarikat SM Entertainment. Contohnya kumpulan EXO, Girls'Generation, SHINee, Super Junior, BoA, TVXQ dan sebagainya. Pusat SM Town tu mempunyai 6 tingkat yang dipenuhi dengan pelbagai barangan peribadi, anugerah, galeri foto, teater dan kedai merchandise khas buat peminat artis-artis tersebut.
Akhir sekali, sebelum balik ke hotel untuk malam terakhir di Seoul, kitorang dinner di Yang Good Halal BBQ Lamb. Semua bekalan kambing di restoran ini diimport dari Australia dan dijamin halal. Memandangkan perut pun dah lapor, jom kite bakorrrr!
**Selesai Day 4 #SeoulSisterTrip
1 comments
Hi assalamualaikum sis bestnya pergi korea. Kalau pergi without tour guide ok tak sis?
ReplyDelete