[KOREA] : DAY 3 - HANBOK EXPERIENCE @ BUKCHON HANOK VILLAGE, EWHA WOMANS UNIVERSITY & NAMSAN TOWER
By FARAA MUSA - July 05, 2018
Pengembaraan #SeoulSisterTrip diteruskan ke Bukchon Hanok Village harini. Rasanya hari ketiga ni paling kitorang tunggu-tunggu dan eksaited untuk lalui. Sebab, kitorang dah tak sabar nak pakai hanbok sambil jenjalan sekitar perkampungan Korea yang klasik yeayyy!
Bukchon Hanok Village; kawasan perumahan yang masih mengekalkan tradisi |
Setiap lorong ada cerita. Ecewah. |
Nak kata eksaited nya kitorang, pagi-pagi buta pukul 8.30 kitorang dah terpacak kat area Bukchon Hanok Village. Citer dia camni tau. Disebabkan kitorang dua beradik ni petite super comel, kitorang risau lah kalau hanbok yang nak disewa tu takde saiz ataupun habis kalau terlambat kononnya. Haaa kau, tetibe tersampai awal sangat, sampai kedai hanbok pun tak buka lagi uolls! Tapi takpe, at least kitorang sempat jenguk-jenguk kawasan nak bergambar nanti. Huhu.
Kedai sewa hanbok ada banyak gila kat sana so korang jangan risau. Pilih je memana kedai, asalkan range harga sewa tu berpatutan lah. Kadar sewaan depends pada berapa lama korang nak pakai hanbok tu. Minimum 1 jam, 2 jam, 4 jam, atau seharian terus. Kebetulan depan bus stop Samcheongdong tu ada satu kedai sewa hanbok, paling dekat dengan pintu masuk Hanok village. Plus, kedai tu kedai pertama yang bukak pada pukul 9 pagi. So memang rezeki diorang dan kitorang adalah customer pertama dia pada haritu.
Biasanya setiap kedai akan bagi masa 30 minit untuk korang pilih hanbok sendiri, dan bersiap salin pakaian. Masa sewaan akan dikira sebaik saja 30 minit pertama tu tamat. Sis tak ingat berapa harga kitorang sewa hanbok haritu. Tapi sekitar 21,000 Won setiap orang untuk sewaan hanbok bererta aksesori kepala & aksesori handbeg comel Korea selama 2 jam, siap locker untuk simpan beg dan baju sekali. Overall kitorang memang sangat berpuas hati!
Dari berjuta gambar sis snap, yang satu ini saja yang nampak senonoh |
**TIPS MENYEWA HANBOK:
*Jika korang bertubuh saiz aneh atau istimewa (extra petite & plus size), sila datang awal pagi ke kedai. Bagi memastikan saiz korang available, dan pekerja kedai pun masih baik hati pagi-pagi nak melayan ubah suai hanbok korang.
* Untuk dapatkan gambar travel yg helokk terbaik tanpa gangguan photobomb dari lambakan tourist lain, sila pastikan sampai ke Bukchon Hanok Village pada awal pagi.
*Bagi sesiapa yg OCD nak nampak cantik dalam setiap ootd di instagram, sila berangan sesiap malam sebelum aktiviti sewa hanbok tu. Bayangkan korang nak pakai tudung apa, dan nak matchingkan dengan hanbok warna apa. Ada banyak pilihan warna dari pastel hingga lah ke warna bold. Google before datang Korea, decide awal.
* Boleh google dari Malaysia, kedai mana korang nak sewa. Even ada website khas pun yg boleh korang gunakan utk book hanbok sebelum ke Korea. Tapi sis prefer sewa on the spot time sampai tu jugak. Sebab kita tak tau kot2 sesat ke apa, tak jumpa kedai website tu ke, tapi duit deposit dah bayar. Haaaa sudah.
My one and only (not so) little sister |
Selesai tukar pakaian dan pulangkan semula hanbok, kitorang decide untuk jenjalan sekitar situ dan pergi ke beberapa cafe untuk membasahkan tekak yang dah penat bergambar di setiap sudut Bukchon Hanok Village umpama tiada hari esok. HAHA. Sempat juga teruskan #SeoulCafeTour kitorang ke 2 buah cafe. Luden Loquen Space yang popular dengan cafe suasana hijau, dan Cafe C Flamingo ala-ala coffee shop urban di Korea. Pusing-punya pusing, rupanya baru kitorang tau Bukchon Hanok Village tu dekat je dengan Gyeongbokgung Palace. So kalau korang plan nak ke Korea, bolehlah satukan je dua tempat ni dalam satu hari yang sama. Berlenjan lah hanbok korang seharian kat situ. HUHU.
Perjalanan diteruskan ke Ewha Womans University. Ada apa kat situ? Takde apa, uni bebiasa je. Cumanya sis teruja sebab sebelum ni tak pernah jumpa dan pergi ke uni khas untuk pelajar perempuan. Lagipun, dengar citer banyak kedai-kedai murah area Ewha Uni tu. Maklumlah, harga student katanya. Huhu. Banyak kedai skincare dan kedai pakaian cecantik kat situ. Tapi kitorang tengok-tengok je lah. Tak larat nak bershopping lagi dah. Lagipun, malas nak bawak-bawak barang sebab ada lagi destinasi lepas ni. Cukup sekadar bergambar di pintu gerbang dan tangga viral Ewha Uni. Suasana uni diorang pun memang tenang je banyak kehijauan gitu. Best lah!
Next, Namsan Tower! Menara ni adalah ikon bandar Seoul, dan banyak juga penggambaran drama atau filem dilakukan di sini. Salah satunya, drama The Legend Of The Blue Sea. Kisah ikan duyung cantik (Jun Ji Hyun) yang naik ke darat untuk mencari cinta hatinya (Lee Min Ho). Tu je citer yang sis ada tengok. Citer lain yang memaparkan Namsan Tower, sis tak tau. Huhu.
AMARAN; kalau korang pergi ke Korea dengan parents, tak perlu lah rasanya untuk ke Namsan Tower. Sebab pengangkutan bas hanya akan hantar sampai ke checkpoint tertentu sahaja. Selebihnya perjalanan nak naik ke atas bukit Namsan Tower tu, memang kita kena jalan kaki mendaki sendiri. Jaraknya tak jauh, tapi bab bukit menjunam tu, memang boleh bawak semput dan goyang lutut beb! Tobat sis memang datang sekali tu je lah. Pasni never! HAHAHAHA.
Tapi terus terang, selepas detik susah payah jerih perih mendaki tu, view yang dapat kita nikmati memang breath taking sungguh! Dapat lihat bandar Seoul dari atas, pokok-pokok menghijau, langit membiru, dan menara Namsan yang menawan. Ecewwwahh! Kitorang tak beli tiket masuk menara pun. Cuma pusing-pusing di dataran Namsan Tower, berehat melihat keindahan alam sambil melepaskan lelah, dan bergambar di Love Locks Bridge yang popular tu.
Ku kunci cintamu di Namsan Tower katanyerr |
Seoul City view selepas mencungap mendaki demi Namsan Tower |
Muka tu bukan glowing dik, tu peluh berkicap hakak semput |
**Selesai Day 3 #SeoulSisterTrip
3 comments
Seronoknya baca pasal post ni. Rasa rindu sangat dekat Korea :D
ReplyDeleteBest kan Korea? Memang asyik rasa nak pergi lagi dan lagi je :)
Deleteassalam.sis..nak tanya..dri anguk station jalan kaki nak pergi bukchon hanok village mcm mana ya? dia ada landmark ke untuk masuk lorong ke village tu..tqvm
ReplyDelete